SIAPA yang tak rasa risau bila anak sakit, kan? Walaupun cuma gatal-gatal akibat digigit nyamuk, mesti seorang ayah akan berharap gatal tu berpindah padanya.
Baru-baru ini, satu video yang menyentuh hati tular di media sosial, memaparkan pengorbanan seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja demi merawat penyakit anaknya.
Anak sulung dari tiga beradik, Mohamad Nur Iman Ramadhani, disahkan menghidap gangguan saraf otak, adrenoleukodystrophy sejak tiga tahun yang lalu.
Bapa Iman berkongsi video berkenaan di platform TikTok yang menunjukkan anaknya berada di sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan Terapi Oksigen Hiperbarik (HBOT).
Dalam rawatan ni, pesakit perlu masuk ke dalam mesin yang mampu memberikan 100% oksigen dengan tekanan yang lebih tinggi daripada biasa.
Namun, apa yang meruntun jiwa netizen apabila sang bapa turut melangkah masuk ke dalam mesin tersebut dengan tekad untuk menemani anaknya dalam setiap detik rawatan anak kecil itu.
Menurut bapa kepada tiga cahaya mata itu, rawatan HBOT telah memberikan sinar harapan kepada Iman dengan meningkatkan pengaliran oksigen ke dalam tubuhnya.
Terapi itu turut membantu anak lelakinya berasa lebih tenang dan mempercepatkan penyembuhan luka-lukanya.
"Alhamdulillah HBOT banyak membantu iman utk dapatkan oksigen secukup nya. Untuk iman lebih relaks, untuk penyembuhan luka2. Syukur Alhamdulillah. Keep fighting untuk kita semua,"ujarnya.
Sebelum dapat menjalani rawatan HBOT, ibu bapa Iman terpaksa meminta bantuan kewangan dari orang ramai disebabkan kos rawatan tersebut melebihi RM37,000.
Saksikan tayangan eksklusif Borak Bibir Merah Eksklusif Bersama Erra Fazira bersama Aina Abdul, Datuk Red dan Ustazah Asmak Hussein pada 30 Oktober jam 8.30 malam di semua platform digital Sinar Harian dan SinarPlus.
Tonton secara LIVE melalui:
Facebook Sinarplus: https://bit.ly/38GWnfO
Youtube SinarPlus: https://bit.ly/3yQMdDU