Lagi buli tekap seterika, bapa Zulfarhan terkejut kes berulang. 'Saya sangka kes arwah anak yang terakhir...'

Iklan

SESIAPA pun pasti akan tersentuh dan menitiskan air mata mengimbas kembali kisah pemergian Pegawai Kadet Laut, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang menggemparkan negara tujuh tahun lalu.

Kes menyayat hati itu menyaksikan betapa rakan baik sendiri tergamak melakukan perbuatan buli yang kejam hingga membunuh!

Iklan
Iklan

90 tekapan seterika, tulang rusuk patah dan kesan lecur teruk, arwah meninggal dunia disebabkan kombinasi antara ‘hypervolemia’, masalah jantung dan buah pinggang.

Iklan

Seperti tak 'serik-serik', lagi kes terbaharu didakwa berlaku di institut pengajian tinggi awam (IPTA) itu. Tular pelajar kadet yang disyaki dibuli oleh seniornya menggunakan seterika yang ditekap di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur.

Bapa Zulfarhan, Zulkarnain Idros berasa terkilan kes seumpama yang menimpa arwah anaknya masih berlaku di institusi itu.

Iklan

"Saya sedih kejadian yang pernah berlaku terhadap anak berulang kepada penuntut lain.

"Dakwaan mangsa ditekap seterika, tidak kiralah seterika biasa atau seterika wap, ia sesuatu yang tidak boleh diterima kerana bukan saja menyakitkan dan menyeksakan tapi ia meninggalkan kesan buat mangsa.

"Seperti berlaku kepada arwah anak yang mempunyai 90 kesan tekapan seterika wap panas, sehingga sekarang saya tak mampu untuk lupakan kesengsaraan dialami arwah," katanya.

Enggan kejadian meragut nyawa lagi, Zulkarnain menggesa undang-undang khas untuk buli dikuatkuasakan segera.

"Sehingga kini tiada undang-undang khusus terpakai bagi kes buli di sekolah dan institut pengajian tinggi.

"Peningkatan kes buli kebelakangan ini adalah petanda kecemasan yang memerlukan tindakan segera pihak berwajib," katanya.

Pegawai kadet tahun dua yang juga pelajar jurusan kejuruteraan di ALK-UPNM Sungai Besi dipercayai menjadi mangsa buli dan dera penuntut senior.

Kes terbongkar selepas pemeriksaan berkala dijalankan jurulatih bertugas, yang menyedari kesan kecederaan pada tubuh kadet berkenaan.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam satu kenyataan mengambil maklum laporan yang tular di media alternatif dan media sosial mengenai insiden itu yang memperlihat kesan lecur pada badan mangsa.

ATM menegaskan bahawa siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan kes itu.

Tindakan disiplin yang keras mahupun tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang terbabit jika terbukti bersalah.