RISAU melihat situasi kebelakangan ini yang membabitkan isu keretakan rumah tangga selebriti. Bulan lepas sahaja, lebih daripada 5 kes artis atau pempengaruh yang kita dengar. Itu yang kita nampak, tetapi sebaliknya lebih ramai yang sedang mengalami masalah ini.
Mungkin ada sesetengah kes, kita lihat isteri yang mahu failkan penceraian disebabkan hal-hal tertentu. Malah, ada juga sebaliknya.
Masih tidak terlambat untuk diselamatkan. Lebih-lebih lagi dalam menambat semula hati sang isteri. Apa yang mereka inginkan hanyalah untuk rasa dihargai segala pengorbanan mereka sebagai isteri. Itulah pesanan dari pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan kepada suami di luar sana.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, Jalaluddin atau lebih mesra disapa Tok Jalal berkata, suami memikul tanggungjawab yang besar bagi memastikan isteri mendapat nafkah zahir dan batin secukupnya.
"Jangan sampai hilang percaya" Mendalam nasihat Datuk Jalaluddin Hassan untuk para suami!
Iklan