"Keadaan kakak masih sama...,'Adik dedah Jahidah masih terlantar. Anak saudara kini berstatus OKU

Iklan

MASIHKAN anda ingat dengan tragedi kejam yang dilalui Jahidah Nordin. Sejarah hitam yang dilalui suatu ketika dahulu akibat dipukul suami tiga tahun lalu membuatkan dirinya kini terlantar di katil selepas koma.

Iklan
Iklan

Sejak itu, Jahidah hanya terbaring kaku dan bergantung pada susu yang diberi melalui tiub.

Lebih menyedihkan apabila anaknya, Eshan Nufail yang kini berusia tiga tahun disahkan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).

Iklan

Dengan keadaan si ibu yang masih terlantar, Eshan belum mampu berjalan apatah lagi merangkak dan bertutur seperti kanak-kanak seusianya.

Iklan

Alhamdulillah, di sebalik kesusahan yang dialami ibu anak satu ini, hadir adiknya, Fauziah yang kini menjadi antara tulang belakang wanita malang berusia 46 tahun itu bagi menjaga kakak dan anak saudaranya.

Dengan berat hati, wanita itu berkongsi keadaan kakaknya yang tidak banyak berubah. Bahkan, anak saudaranya juga amat memerlukan perhatian penuh dari orang sekeliling.

"Keadaan kakak (Jahidah) masih sama, hanya terbaring atas katil, diberikan susu menerusi tiub dan perlu diuruskan keluarga sepenuhnya.

"Sementara Eshan Nufail, disahkan sebagai OKU kerana pertumbuhan yang perlahan termasuk masih tidak boleh bercakap serta berjalan selain memiliki berat hanya 9.5 kilogram.

"Eshan juga perlu menjalani rawatan fisioterapi dan amat memerlukan perhatian rapi dari kami sekeluarga," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Fauziah dan abangnya, Mujahid hadir di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Ahad lalu untuk mengikuti perkembangan kes yang melibatkan bekas suami Jahidah, Rosmaini Abd Raof.

Bagaimanapun, nasib dua beranak ini masih belum terbela apabila tertuduh dilaporkan tidak hadir atas alasan dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas.

Kes yang menggemparkan itu kembali mengingatkan ramai tentang kekejaman yang pernah dilalui Jahidah – seorang wanita yang sedang hamil, dipukul sehingga cedera parah dan koma.

Pada 17 Jun 2021, Rosmaini, dilaporkan tidak mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, itu.

Penulis berharap keluarga Jahidah terus tabah dan cekal menghadapi ujian ini, menguruskan segala keperluan harian untuk Jahidah dan Eshan.Semoga ada keadilan buat keluarga kecil itu.