Sedihnya! Pergi kedai tak balik, bapa jumpa jasad anak gadis lemas dalam tali air. Ibu pengsan Ainun Mardiah sudah tiada...

Iklan

KEHILANGAN orang tersayang sekelip mata ujian yang paling berat. Namun perkara itulah yang dihadapi ibu, Roshanita Ahmat, 51, yang terpaksa menerima kenyataan anak gadisnya sudah tiada lagi di dunia.

Lebih menyayat hati, suratan ajal yang tertulis itu ditemukan sendiri bapa sendiri, Azeman Harun, 56.

Iklan
Iklan

Luluh perasaan membayangkan bapa itu menemukan sendiri jasad anak perempuannya yang dipercayai lemas selepas motosikal ditunggang gadis itu terbabas ke tali air.

Dalam kejadian di Kampung Pangkal Pisang, Peringat, Kota Bharu, Kelantan, Ainun Mardiah Azeman, 14, ditemukan bapa tersayang pada jam 5 petang di dasar tali air sedalam kira-kira semeter.

Iklan

Roshanita dilaporkan pengsan selepas mendapat perkhabaran menimpa anak gadis mereka dan dimasukkan ke wad untuk rawatan di Hospital Pakar USM (HPUSM) Kubang Kerian namun sudah sedarkan diri.

Kata si abang, Ahmad Azizi, 24, berkata, dia baharu sahaja mengambil adiknya itu pulang dari di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Kala pada jam 4 petang.

Iklan

Bagaikan sudah tahu ajal, remaja itu menunggang sendiri motosikal jenis Yamaha Ego untuk ke kedai runcit dalam jarak hanya 100 meter di hadapan rumah keluarga dan dilaporkan tidak pulang-pulang.

"Tak lama lepas itu, bapa terima panggilan penduduk beritahu ternampak motosikal milik keluarga kami ada dalam tali air dengan keadaan lampu bernyala dan enjin hidup.

"Bapa bergegas ke tali air dan turun ke dalamnya sebelum terpegang jasad adik yang tertindih di bawah motosikal di dalam air,” kata Azizi.

Usaha menyelamatkan nyawa Ainun Mardiah dilakukan. Anak kesembilan daripada 10 adik beradik itu dibawa menggunakan kereta bapa ke bahagian kecemasan Klinik Kesihatan Peringat dan diberi bantuan pernafasan selama setengah jam.

Ternyata ALLAH terlalu menyayangi Ainun Mardiah. Doktor mengesahkan gadis itu sudah meninggal dunia.

"Jenazahnya dibawa ke Unit Forensik Hospital USM menggunakan kenderaan polis yang tiba selepas itu,” katanya.

Gambar hiasan.

Bagaikan petanda akan pergi selamanya, remaja yang pendiam itu dan dilihat kerap mengelamun sejak akhir-akhir ini.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pangkal Pisang selepas selepas prosedur bedah siasat.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Ainun Mardiah Azeman. Al-Fatihah.

Sumber: Sinar Harian