"Dia akan keluarkan kata-kata kesat...,'Suami sengaja merokok dalam bilik, bengang bila ditegur merokok depan anak

Iklan

DITEGUR salah, tak tegur kita pula yang sakit hati. Kalau ikutkan hati, memang nak 'meletup' je!

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, ada isteri yang luah rasa kecewa kat media sosial selepas suami acuh tak acuh je hisap rokok dalam bilik. Selamba je merokok sebelah anak-anak tanpa rasa bersalah. Tak faham ke asap rokok tu bahaya?

Kalau rasa nak 'berasap' sangat, pergi la cari tempat yang sesuai kat luar rumah.

Iklan

Isteri yang juga pemilik Tiktok @lisasugesti3 dalam videonya sempat menitipkan doa agar diberikan kesabaran yang tinggi bagi menghadapi suami yang keras kepala.

"Luaskanlah rasa sabarku Ya ALLAH dan lapangkan hatiku.

Iklan

Ketika ini, Lisa hanya mampu berdoa supaya anak kecilnya terus dilindungi dan diberikan kesihatan yang baik.

"Tolong pelihara kesihatan anakku ya Tuhan,"tambahnya.

Wanita warga Indonesia itu pernah meminta suaminya untuk berubah sikap, tapi sayangnya nasihat itu tidak pernah diendahkan. Malah, dia pula yang menerima kata-kata kasar selain barang-barang turut dirosakkan kerana tidak berpuas hati.

"Dia akan keluarkan kata-kata kesat selain akan merosakkan barang-barang di rumah." katanya.

Bila video yang dimuat naik tu viral sampai 1.4 juta tontonan, ramai pula yang desak Lisa supaya 'ajar' suaminya. Tapi sekuat mana pun Lisa, dia tetap tidak mahu bergaduh dengan suaminya.

"Bunda, saya belum sekuat itu," katanya.

Dalam tengah 'mood' sedih, ada juga netizen yang pertikaikan kenapa si ibu tak alihkan anak ke bilik lain dulu, tapi sempat pula buat video?

Lisa bagaimanapun mempertahankan bahawa dia tidak berfikir untuk memindahkan anaknya ketika itu kerana menangis bila mengenangkan nasib mereka anak-beranak.

"Saya video sambil nangis mba sampai ga kepikir buat mindahin anakku, maaf ya," katanya.