SAYUNYA! Demi mencari sesuap nasi, suami isteri ini terpaksa berjauhan dengan anak sulung mereka.
Bekerja jauh di Australia selama tujuh tahun, sepasang suami isteri menitiskan air mata meminta maaf daripada anak sulung mereka ketika pertemuan semula.
Momen menyayat hati dan pengguna TikTok, anisumaira90 atau Anis dan suaminya pulang ke Malaysia bersama anak kedua untuk bertemu keluarga yang dirindui mengundang sebak warga maya.
Menerusi tiga bahagian video masing-masing yang ditonton hingga 4.7 juta kali itu, Anis memaklumkan beliau pulang ke Malaysia bagi menghadiri perkahwinan adiknya sekali gus membuat kejutan bersua dengan anak sulungnya yang dijaga keluarga sejak berusia empat tahun.
Sebak dan sayu, detik menyentuh hati menyaksikan air mata dan pelukan erat puteri sulung yang kini sudah berusia 11 tahun.
'Mama papa minta maaf kakak...' 7 tahun terpisah merantau ke luar negara, pertemuan semula tiga beranak undang sebak
Iklan