CARA Pendakwah Haris Ismail atau PU Riz, membuat teguran kepada adik iparnya, Ameera Khan berkaitan pemakaian menutup auratmeraih perhatian warganet.
Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, PU Riz bersama isteri, Neelofa dan Ameera, 23, sedang mempromosikan jualan abaya dan jubah di bawah label mereka.
Ameera yang menggayakan jubah berona merah ditegur PU Riz selepas adik iparnya itu menyelak tudung untuk menerangkan tentang perincian jubah dipakai.
"Ameera tutup dulu. Tak mengapa tunjuk dekat bahagian ini (bawah)," kata PU Riz.
Ameera berkata jika tidak diselak ia bahagian hadapan jubah yang sarat dengan lipatan itu berkenaan akan sukar dilihat.
"Tapi tak nampak la abang kalau tunjuk macam tu," kata Ameera.
Neelofa dalam nada berseloroh sempat mencelah memberitahu pemilik Instagram Little Miss Khan itu bahawa PU Riz sebenarnya sedang menegur supaya dia tidak mendedahkan aurat.
Beralih ke ruangan komen, kebanyakan warga maya memuji tindakan pendakwah berusia 29 tahun itu yang bersikap sopan ketika membuat teguran kepada adik ipar.
Mereka dalam masa yang sama mendoakan agar Ameera dapat menutup aurat dengan sempurna suatu hari nanti.
"Suka dengar Hariz tegur, tak marah-marah dan tegur dengan lembut."
"Bagus PU Riz, halus sahaja tegurannya."
"Masya-ALLAH, cantiknya. Semoga satu hari nanti terbuka untuk bertutup litup begini .Nampak manis."
"Love cara Neelofa terangkan dekat Ameera, cepat jer dia faham maksud teguran suaminya."
Ameera yang terdahulu pernah berhijab, menzahirkan cita-cita untuk bertudung secara istiqomah. Semoga ia menjadi kenyataan!