Tragis! Ibu ditumbuk mati supaya 'masuk syurga', 3 tahun disumbat dalam peti sejuk beku gara-gara gaduh isu agama

Iklan

BERULANG kali penulis meneliti artikel ini, langsung tidak menyangka ia berlaku di Malaysia.

Tergamaknya seorang anak membunuh ibu sendiri, menyimpan jasadnya selama tiga tahun hanya kerana berselisih pendapat isu agama!

Iklan
Iklan

Kejadian yang berlaku di Taman OUG, Jalan Klang Lama, ibu tua berusia lingkungan 80-an ditumbuk hingga mati pada tahun 2021 dan disumbat ke dalam peti ais sejuk beku.

Iklan

Berikut fakta sahih kes kejam berkenaan:

1-Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dipercayai terbongkar selepas anak lelaki mangsa berusia 50-an membuat panggilan 999 kira-kira jam 9 pagi akibat masalah kesihatan kronik.

Iklan

2-Difahamkan, suspek lelaki berusia 53 tahun itu membunuh ibunya di kediaman mereka pada Mac 2021 sebelum membalutnya dengan tuala dan plastik sebelum diletakkan di dalam peti sejuk beku. Ia dilakukan bagi menyembunyikan mayat ibunya dalam peti sejuk beku.

3-Berdasarkan maklumat awal, suspek turut berada bersebelahan peti sejuk beku berkenaan ketika polis tiba di lokasi kejadian.

6-Mayat si ibu ditemui selepas kediaman suspek diperiksa sepasukan polis yang menerima laporan perkara itu pada jam 9 pagi.

4-Memetik laporan Berita Harian, perselisihan faham mengenai isu agama dipercayai menjadi punca pembunuhan.

5-Suspek berbuat demikian kerana mahu wanita itu 'masuk syurga'.

7-Lelaki itu yang merupakan suspek utama ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

8-Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat dan suspek turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan.

9-Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa Beliau berkata motif pembunuhan masih dalam siasatan.

10-Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian itu diminta untuk menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian