Comelnya anak kecil pakai subang!  Awas ibu ayah jangan sampai abai penjagaannya, cuping telinga boleh dapat jangkitan

Iklan

MAK kalau dapat anak perempuan, betul-betul melaram si kecil tu! Macam-macam jenis pakaian dan aksesori dibelinya, tinggal menang nak memakai atau tidak sahajalah.

MAK kalau dapat anak perempuan, betul-betul melaram si kecil tu! Macam-macam jenis pakaian dan aksesori dibelinya, tinggal menang nak memakai atau tidak sahajalah.

Bercakap tentang aksesori, perempuan sememang tidak akan pernah lari dari barangan perhiasan seperti cincin, gelang, rantai dan subang.

Dah menjadi trend masa kini, anak-anak kecil pun sudah dipenuhi dengan perhiasan di badan. Malah ada sesetengah ibu bapa yang sanggup membawa mereka tindik telinga untuk dipakaikan subang.

Mungkin pemakaian subang itu kelihatan cantik dan comel apabila dipakai oleh anak kecil. Namun, jangan disebabkan dek kelalaian kita sebagai penjaga anak yang menanggung sakit dikemudian hari!

Kisah dari Dr Kamarul Ariffin ini seharusnya menjadi pengajaran untuk ibu bapa di luar sana yang mana salah seorang pesakit ciliknya mengalami besi subang tertanam dalam cuping telinga.

"Besi tertanam dalam cuping. Baca pun ngilu, kan? Terpaksa saya bedah sedikit cuping telinga anaknya itu untuk keluarkan.

"Ramai ibu-ibu yang membawa anak mereka untuk melakukan tindikan di cuping telinga sejak anak-anak itu kecil lagi. Jika ia dilakukan di klinik, biasanya doktor akan nasihatkan tentang penjagaan tindikan baru.

"Antaranya, cucian luka, tanda-tanda jangkitan dan tidak dibenarkan buka subang dalam jangka masa lama selagi belum melebihi 6 minggu dari hari tindikan. Ibu bapa lazimnya menjaga dengan baik sepanjang 6 minggu itu," kata beliau.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Namun begitu, selepas berbuat demikian ramai ibu bapa yang terlupa tentang penjagaan lubang tindikan pada anak masing-masing.

Tambah beliau, jika anak anda bertindik sejak awal usia satu hingga empat tahun, kalian harus jaga tindikan mereka dengan baik sehingga mereka mampu menjaganya sendiri. Ini kerana anak mungkin mengalami :

1. Jangkitan pada tindikan agak mudah berlaku pada kanak-kanak. Ini kerana, mereka belum tahu menjaga kebersihan tubuh sendiri. Mereka juga kadang kala tidak pandai mengadu jika ada tanda jangkitan.

2. Kanak-kanak agak lasak, dan berisiko mencederakan cuping telinga kerana subang terkait pada baju, rambut, langsir, pokok atau apa jua di persekitaran mereka.

3. Kecederaan dan jangkitan yang terabai boleh menyebabkan keradangan pada lubang tindikan, dan menyebabkan komplikasi pada cuping telinga seperti:

- bernanah

- terbelah

- bengkak(berubah bentuk)

- subang tertanam dalam cuping

Oleh itu, ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang bertindik disarankan agar mengamalkan perkara-perkara berikut:

1. Periksa cuping telinga anak anda setiap 2-4 minggu. Pastikan tidak sakit, merah, bengkak, berbau, kulit berubah warna atau bentuk.

2. Semasa periksa, buka subang. Bersihkan cuping telinga dengan sabun. Cuci subang dengan larutan yang sesuai. Keringkan sebelum pakai.

3. Digalakkan gunakan subang dengan material yang tidak menyebabkan alahan. Jika subang logam, emas paling kurang sebabkan alergi.

4. Elak memakai subang lebih sebulan tanpa membuka dan memeriksa. Ajar anak tentang kebersihan.

5. Jika ada tanda-tanda jangkitan atau kecederaan, bawa jumpa doktor dengan segera untuk mendapat rawatan yang bersesuaian.

Pakaikan subang pada anak itu mungkin membuatkan mereka lagi comel, apatah lagi hiasan tersebut ada pelbagai jenis bentuk. Namun jangan sampai abaikan keselamatan mereka, ya!