Pengantin 23 tahun 'hidup' tanpa nasi, hanya ratah lauk. Rupanya ramai yang alami. 'Kalau makan akan muntah, ke hospital perginya...'

Iklan

NASI makanan ruji kebanyakan 34.31 juta rakyat Malaysia. Jadi kalau jumpa orang yang tidak makan nasi, memang peliklah!

Menerusi laman sosial TikTok, pemuda dikenali sebagai Ammar Loy, 28, mendedahkan tidak memakan bijirin itu.

Iklan
Iklan

Kali terakhir menikmati nasi pada usia lima tahun, malah pengantin baharu itu tidak menjamah hidangan itu semasa acara makan beradap majlis perkahwinannya baru-baru ini.

"Jangan paksa saya untuk makan nasi. Nanti ke hospital perginya.

Iklan

"Kali terakhir makan nasi ketika berumur lima tahun, sekarang sudah 28 tahun.

Iklan

"Hampir 23 tahun saya tidak sentuh nasi.

"Jadinya awak kenalah masakkan Western food setiap hari, paling malas pun roti bakar dengan kaya pun ok," katanya.

Ammar juga memaklumkan selepas berkahwin, isterinya juga sudah tidak berminat dengan nasi.

"Hidup tanpa nasi selama 23 tahun. Alhamdulillah kini isteri bakal mengikuti, tak makan nasi juga.

"Jangan pelik saya juga manusia biasa, bukan alien yang turun dari planet Pluto.

"Ahli-ahli grup tak makan nasi berkumpul sini," kongsi Ammar.

Kongsinya lagi, bukan hanya beliau tidak memakan nasi, malah abangnya juga menunjukkan kecenderungan yang sama.

"Kita tunggu turn abang saya pula naik pelamin. Tengok macam mana sebab dia pun 23 tahun tak pernah sentuh nasi. Kali terakhir dia makan nasi pada umur tujuh tahun.

"Macam inilah kami, meratah lauk sahaja," kongsinya yang turut mendedahkan akan muntah jika cuba memakan nasi.

Menerusi ruangan komen, warga maya tidak ketinggalan turut berkongsi tabiat yang sama dan memakan pelbagai jenis sajian bagi menggantikan nasi.

Malah lebih parah, ada yang langsung tidak memakan nasi mahupun lauk dan bergantung kepada makanan berproses semata-mata untuk hidup.

"Sama macam suami saya. Sejak kecil jika makan nasi dia akan muntah dan demam, sejak itu dia tak sentuh nasi even selepas tujuh tahun kami kahwin."

"Suami saya pun tak makan nasi sepanjang hidup dia selama 36 tahun. Alhamdulillah dia sihat. Dia hanya makan mihun dan setiap hari saya perlu masakkan bihun untuj dia."

"Sama macam anak sulung saya kali terakhir makan nasi masa umur dua tahun. Sekarang sudah 14 tahun. Pernah cuba makan, memang ke emergency hospital perginya. Jadi kami pasrah sahaja. Dia suka roti, sate, ayam, Fish and Chips, roti canai, prata. Asalkan bukan nasi dan jagung."

"Ya ALLAH akhirnya jumpa juga orang tak makan nasi. Saya ingat saya tidak normal. Sejak kecil tak makan nasi tetapi mi, mihun, kuetiau boleh. Itu pun bila sudah di sekolah rendah. Nasi memang saya tak boleh telan langsung."

"Kawan asrama saya pun tak makan nasi. Di dewan makan dia akan minta roti. Kadang-kadang dia makan dengan mi kuning."

"Abang, saya dah jumpa spesis saya! Saya kahwin pun makan spageti jet time makan beradap. Saya last makan nasi masa umur dua tahun, sekarang 26."

Tak boleh makan nasi? Percaya atau tidak, 10 peratus orang Asia sebenarnya alergi terhadap nasi!

Memetik Hello Doktor, ia diakibatkan oleh sejenis protein atau globulin yang boleh ditemui di dalam tunas embrio nasi.

Globulin ini merupakan salah satu punca alergen yang bertanggungjawab ke atas reaksi alergi yang dialami oleh sesetengah orang.

Walaupun tidak suka makan nasi dan alergi nasi itu perkara yang berbeza, ketahuilah bahawa tak semua orang menyukai bijirin yang nama saintifiknya Oryza sativa itu walaupun ia makanan ruji rakyat Asia popular di seluruh dunia!

Sumber: TikTok