Rare! Dua beranak kongsi pentas konvokesyen, akui tak bosan sepanjang pengajian. 'Ibu kata jom belajar sama-sama...'

Iklan

COMELNYA! Sebab itu agaknya orang kata anak perempuan bila meningkat dewasa memang akan kawan baik atau best friend forever (BFF) ibu.

Seperti Siti Nur Fatihah Mohd Zamri, 27, ini, menuai perhatian warganet selepas berkongsi pentas konvokesyen bersama bonda tercinta, Surawati Rahimi, 46.

Graduan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Universiti Teknologi MARA cawangan Melaka itu mengakui beliau awalnya enggan menyambung pelajara kerana tidak mempunyai teman.

"Dulu tak mahu sambung belajar kerana sudah selesa bekerja semasa umur 19 dan tak ada kawan nak sambung degree.

"Tapi ibu kata jom kita sambung belajar sama-sama, barulah tak bosan," kongsi Fatihah.

Selepas beberapa tahun bekerja di sektor swasta, Fatihah yang memiliki kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan ibunya, kakitangan kerajaan bertekad untuk memulakan pengajian pada tahun 2019.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Empat tahun menjalani kehidupan sebagai pelajar separuh masa, Fatihah dan Surawati menerima sokongan padui daripada keluarga.

"Family semua okay. Ayah saya pun sangat supportive bila emak cakap nak sambung belajar sekali.

"Cabaran yang kami hadapi masa belajar ini paling utamanya ialah dari segi menyeimbangkan masa.

"Oleh kerana kami sudah bekerja, perlu pandai bahagikan masa, terutama mengejar deadline assignment," kata anak sulung daripada enam adik-beradik itu kepada SinarPlus.



Malah mereka bukan sahaja menghadiri kelas bersama, malah bekerjasama menyiapkan tugasan dan tugasan berkumpulan.

Terdahulu, video memaparkan dua beranak itu menghadiri istiadat konvokesyen tular hingga meraih lebih 260,000 tontonan dan 44,000 tanda suka.

Warganet rata-rata teruja dan mengucapkan tahniah kepada Fatihah dan Surawati. Ujar mereka:

"Kalau macam ni tak adalah homesick."

"Mesti tak boleh main-main dalam kelas kan? Sebab mak dekat sebelah."

"Kalau anak tak datang kelas,lecterur boleh terus beritahu emak."


Terbaik ibu dan anak ini, kan? Semoga ia menjadi inspirasi dan penguat semangat untuk anda yang ingin menyambung pelajaran biarpun sudah bekerja.

Kalau mereka mampu, anda pun pasti boleh!

Sumber: TikTok