Rezeki 11 beranak, pondok usang tak berdinding, lantai reput bertukar wajah. 'Syukur 18 tahun rumah berubah bentuk, hadiah Tuhan untuk keluarga...'

Iklan

BARU-baru ini tular kisah sebuah keluarga yang tinggal di pondok tidak berdinding di Kampung Rosob, Pitas, Sabah. Sumbangan dan keprihatinan orang ramai membawa nafas baharu apabila rumah kecil itu kini bertukar baru dalam masa hanya 10 jam.

Nasib keluarga itu yang hampir dua dekad menghuni pondok berkenaan terus mendapat perhatian aktivis masyarakat, Adrian Edy.

Iklan
Iklan

Dalam perkembangan terbaharu, Edy memaklumkan rumah uzur keluarga Addil, 34, Verrnah, 44, telah diperbaiki.

Difahamkan, bahan yang digunakan untuk pengubahsuaian adalah hasil daripada sumbangan yang diberikan oleh orang ramai.

Iklan

"Rumah Kasih Rakyat siap dibina. Dinding rumah ditampal, lantai reput telah kami tukar zink yang rosak telah ditukar baru.

Iklan

"Kami juga buatkan satu lagi bilik buat anak-anak kak Vernnah dan mengecatnya.

"Misi ini selesai dalam masa 10 jam dengan (bantuan) Edy dan lapan orang.

"Kami bergerak daripada Kota Kinabalu jam 2 pagi dan tiba di rumah kak Vernnah jam 6 pagi," kat Edy.

Teruja untuk memiliki rumah baharu, anak-anak pasangan itu ringan tulang membantu.

"Anak anak Kak Vernnah semua pun tolong kemaskan rumah. Ada yang tolong cat rumah, semuanya rajin.

"Melompat lompat mereka di dalam bilik baru. Syukur selepas ni mereka lebih selesa untuk tidur. Malah buat kerja sekolah pun selesa kerana ada lampu juga yang dipasang," katanya.

Berkongsi gambar keluarga berkenaan yang tersenyum melihat kediaman mereka berubah cantik, kata Edy ia adalah rezeki yang sudah ditentukan.

"Kak Vernnah kata, dia tidak sangka akan dapat rezeki sebesar ini. Selama 18 tahun mereka di sini, rumah mereka berubah bentuk. Hadiah daripada Tuhan untuk keluarga kakak.

"Terima kasih semua rakyat yang menyumbang, hari ini kita berjaya ukir senyuman di wajah keluarga Kak Vernnah," kata Edy.

Video yang memaparkan keluarga itu meraih perhatian warganet hingga meraih lebih 270,000 tontonan. Rata-rata tersentuh dan menitiskan air mata melihat gelagat anak keluarga itu yang ringan tulang membantu.

Ujar mereka:

"Bila tengok video ini membuatkan saya mensyukuri apa yang ada. Terima kasih orang baik."

"Sedihnya, hapyy anak-anak rumah dibaiki. Moga dipermudahkan urusan mereka."

"Moga membawa sinar baharu buat keluarga ini."

31 Oktober lalu, Edy telah membongkar kepayahan dilalui keluarga berkenaan.

Biarpun kediaman usang tidak berdinding dan berbilik, Addil yang hanya melakukan kerja kampung dan meraih pendapatan RM50 hingga RM100 seminggu dan isteri mementingkan pelajaran.

Pasangan itu tetap memastikan anak-anak mereka ke sekolah.

Difahamkan, keluarga itu mandi di sungai dan bergantung kepada tenaga solar serta lilin sebagai sumber pencahayaan.

Sumber: Instagram