Guna peralatan elektronik ketika cuaca buruk salah satu punca boleh kena sambar, Dr ini kongsi kawasan berisiko terkena petir

Iklan

CUACA kini tidak menentu, ada hari panas terik, tiba-tiba datang hujan sehingga undang banjir di sesetengah tempat.

CUACA kini tidak menentu, ada hari panas terik, tiba-tiba datang hujan sehingga undang banjir di sesetengah tempat.

BARU-baru ini tular dua orang pelajar lelaki maut disambar petir ketika pulang dari sekolah di Jawa Tengah.

Iklan
Iklan

Keadaan itu amat merisaukan dan ia juga boleh menjadi peringatan untuk kita semua terutamanya anak-anak supaya berhati-hati tentang bahaya petir, lebih-lebih lagi ketika musim hujan.

Walaupun petir adalah perkara biasa ketika cuaca buruk, namun ramai yang masih tidak sedar betapa seriusnya risiko ni.

Iklan

Demi mengelakkan kejadian ini berulang lagi, baru-baru ini Dr Kamarul Ariffin ada berkongsi cara untuk kita mengambil tahu kawasan yang berisiko terkena petir, antaranya:

1. Kawasan terbuka

Iklan

Bayangkan kalau kita berdiri dekat padang, kebun, pantai, atau kawasan pergunungan. Tiada apa-apa di sekeliling kita untuk halang cas elektrik. Kita mungkin jadi titik tertinggi, dan itu sangat bahaya sebab petir cenderung nak sambar apa yang paling tinggi.

2. Di Bawah pokok besar

Ramai yang fikir berteduh di bawah pokok besar masa hujan adalah selamat, tapi sebenarnya pokok tinggi adalah sasaran utama petir. Kalau petir sambar pokok tu, cas elektrik boleh turun dan terkena kita yang berada di bawahnya. Bahaya sangat!

3. Kawasan berhampiran air

Kolam, sungai, tasik, dan laut juga tempat berisiko tinggi. Air adalah konduktor elektrik yang baik, jadi sesiapa yang ada dekat kawasan berair lebih mudah untuk disambar petir. Jadi, elakkan duduk dekat-dekat air masa cuaca buruk.

Dalam pada itu, sekiranya anda berada dalam situasi yang tidak dijangkakan, antara langkah keselamatan yag boleh diambil seperti:-

1. Elakkan kawasan terbuka dan bawah pokok

Kalau nampak awan gelap dan dengar guruh, cepat-cepat cari tempat berteduh yang selamat. Jangan berteduh di bawah pokok atau duduk di kawasan terbuka. Cari bangunan atau struktur yang tertutup sebagai perlindungan.

2. Jauhi air dan barang logam

Jauhkan diri dari kawasan berair seperti kolam, sungai, atau pantai. Elakkan juga pegang benda logam macam payung atau alat berkebun sebab logam boleh tarik petir. Kita tak nak jadi 'magnet' petir!

3. Masuk ke dalam kenderaan bertutup

Kalau tak ada bangunan berhampiran, masuk dalam kereta adalah pilihan yang selamat. Kereta bertindak macam 'sangkar Faraday' yang boleh alihkan cas elektrik dari kena kita.

4. Jauhkan diri dari elektronik

Kalau berada dalam rumah, elakkan guna alat elektronik, telefon bimbit, atau apa-apa yang tersambung dengan soket elektrik. Petir boleh mengalir melalui saluran elektrik, jadi lebih baik berhati-hati.

Disambar petir bukan perkara main-main! Kecederaannya boleh jadi sangat serius, malah boleh bawa maut. Antara kecederaan yang mungkin berlaku seperti:-

1. Luka bakar / melecur

Petir boleh menyebabkan luka bakar di tempat cas elektrik masuk dan keluar dari badan. Luka ni boleh jadi sangat teruk dan merosakkan tisu badan.

2. Kerosakan saraf

Aliran elektrik yang kuat boleh ganggu sistem saraf kita. Ini boleh sebabkan hilang deria rasa, lumpuh, atau kejang otot yang berpanjangan. Bayangkan kesakitan dan kesukaran yang perlu ditanggung!

3. Trauma psikologi

Selain kecederaan fizikal, mangsa yang terselamat mungkin mengalami trauma psikologi. Pengalaman hampir mati macam ni memang boleh tinggalkan kesan mendalam, termasuk gangguan kecemasan.

4. Jantung atau pernafasan terhenti

Petir boleh buat jantung berhenti atau ganggu pernafasan. Ini adalah kecemasan yang memerlukan rawatan segera untuk selamatkan nyawa.

Petir memang menakutkan dan boleh membahayakan nyawa kalau kita tidak ambil langkah berjaga-jaga. Setiap kali nampak tanda cuaca buruk seperti langit yang gelap dan guruh mula berbunyi, cepat-cepat cari tempat berteduh yang selamat.

Ingat, nyawa kita dan keluarga lebih penting daripada apa-apa aktiviti luar. Jangan ambil risiko! Jaga keselamatan, sayangi nyawa.