Makan nasi lemak sambal udang disuap bapa bersulam air mata, anggota wanita MALBATT undang sebak. 'Jagakan dia untuk kami'

Iklan

PERGINYA kerana menjalankan tugas biarpun terpaksa berjauhan dengan keluarga.

Reaksi spontan anggota tentera wanita dikenali sebagai Mira Radzi yang menyertai kontinjen Malaysian Battalion baru-baru ini membuatkan ramai turut merasai kesedihan.

Iklan
Iklan

Sebelum pergi menabur bakti, anggota MALBATT 850-12 bagi misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) dan bertolak dari berlepas dari Pangkalan Udara Subang, Mira sempat disuap nasi lemak sambal udang oleh bapa tersayang.

Iklan

Menerusi hantaran video berdurasi empat puluh dua saat itu, anak bongsu itu menikmatinya dengan titisan air mata sambil diperhatikan oleh ibu.

"Jagakan dia untuk kami. Doakan semuanya di permudah.

Iklan

"Adik bongsu nak makan sambal udang, jam 4 pagi kami masakkan untuk adik.

"Ayah suapkan sambil menahan air matanya," titip kakak, Ekin Radzi.

Namun, ramai tersentuh apabila Mira tidak dapat menahan sebak lalu menyeka air mata selepas bapanya menyuap nasi lemak sambal udang kepadanya.

Menurut seorang lagi kakak, Farah Radzi, beliau sekadar berkongsi momen si adik bersama ibu bapa, lebih-lebih lagi sambal udang merupakan makanan kegemarannya.

Farah menzahirkan terima kasih kepada orang ramai yang tidak henti mendoakan keselamatan adik bongsu mereka.

Malah pelukan penuh kasih sayang daripada ibu dan adik-beradik diharapkan menjadi azimat sebelum berjauhan selama 11 bulan di perantauan.

Sekadar info, MALBATT 850-12 berkekuatan 854 anggota terdiri daripada 82 pegawai dan 772 anggota LLP, termasuk tiga pegawai serta 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan seorang Pegawai Kewangan Awam dari Kementerian Pertahanan.

pergerakan MALBATT 850-12 dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan penghantaran kumpulan pertama pada 6 November lalu.

Difahamkan, semua anggota kontinjen MALBATT 850-12 sudah menjalani latihan intensif, selain persiapan mental dan fizikal sebelum diaturgerakkan.

Pembabitan MALBATT bawah UNIFIL bukan saja melambangkan sokongan berterusan Malaysia terhadap usaha pengaman tetapi juga memperlihatkan peranan proaktif negara ini dalam mempromosikan kestabilan dan keselamatan antarabangsa.

Sumber: TikTok 1, 2