'Berseri-seri wajahnya.' Bekas isteri Keith Foo, Kim Raymond kini saudara baharu

Iklan

BERTEMU hidayah, bekas isteri kepada pelakon Keith Foo, Kim Raymond, 39, baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila tular telah memeluk agama Islam pada Oktober lalu.

Menerusi foto yang dirakam semasa majlis yang diadakan pada 24 Oktober lalu, Kim yang ditemani kedua ibu bapa dan rakan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan pendakwah terkenal, Datuk Sheikh Hussain Yee yang turut menjadi saksi dalam majlis itu.

Iklan
Iklan



"Alhamdulillah, dengan hidayah daripada ALLAH SWT, Kim Amal Raymond dari Malaysia memeluk Islam,” tulis pihak Al-Khadeem, yang turut mengucapkan terima kasih kepada penaja Kit Muslim Baru yang diberikan kepada Kim untuk memulakan perjalanan barunya sebagai seorang saudara baharu dalam Islam.

Iklan

Warga maya mengucapkan tahniah dan tidak henti memberikan kata-kata sokongan buat Kim.

"Masya-ALLAH, Alhamdulilah welcome dear sister Kim."

Iklan

"Terharunya! The fact that her family was there to support her. Alhamdulillah Masya-ALLAH."

"Alhamdulillah you looks so beautiful @kimchiraymond. Berseri-seri!"

"Alhamdulillah. Allahuakbar. Semoga istiqamah serta dalam rahmat ALLAH SWT sentiasa. Aamiin."

Kim terdahulu yang mendirikan rumah tangga dengan aktor Keith Foo pada 2015. Namun jodoh tidak panjang, mereka berpisah pada 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Skylar yang dilahirkan pada Mei 2017.

Sumber: Instagram