'Umi oh Umi...' Rider baring sebelah pusara ibu runtun hati warganet, rupanya ziarah setiap hari

Iklan

KASIH ibu membawa ke syurga namun tanpanya gelaplah dunia.

Tular di laman sosial Facebook foto seorang pemuda baring di sisi pusara ibu sehingga meruntun hati ramai.

Iklan
Iklan

Sebak dan pilu, warganet rata-rata menyelami perasaan pemuda berkenaan yang kehilangan insan tersayang.

Usai viral menerusi akaun Facebook Su Ahmad, pemuda berkenaan yang dikenali Abdul Azim Hasmandi, 28, tampil mengucapkan terima kasih atas titipan doa dan kata-kata semangat.

Iklan

Kehilangan ibu pada 7 Jun lalu, anak muda itu mengakui hidup tanpa kehadiran ibu adalah sangat berat.

Gambar baring di sisi pusara sentuh hati ramai, akui hidup terasa berat. Malah, kebetulan semalam adalah hari ulang tahun perkahwinan ibu bapanya membuatkan Azim berkongsi tentang wanita itu.

Iklan

"Umi, tanpa umi hidup berat sangat. Hidup di bawah langit sama namun dipisahkan oleh alam yang berbeza.

"Hari ini ulang tahun perkahwinan Umi dan Abi. Selalunya Umi dan Abi tak tahu pun, anak-anak yang akan membuat kejutan.

"Untuk pertama kalinya anniversary kali ini ketiadaan Umi. Pilu dan sepi wajah Abi tanpa Umi di sisi. Semoga hubungan Umi dan Abi terus berkembang di dunia dan akhirat," kongsinya pilu.

Artikel berkaitan:

Azim mendedahkan beliau kerap menziarahi pusara ibunya di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi.

Memetik mStar, pemuda itu menjadikan ziarah pusara bonda sebagai runtinya setiap hari sementelah ia terletak berhampiran dengan rumah.

Azim juga mengakui berkunjung sebanyak lima hingga enam kali sehari jika mempunyai masa terluang dan membacakan surah Yaasin selain mendoakan.

Warga maya mendoakan agar pemuda itu dikurniakan kekuatan meneruskan hidup biarpun tiada lagi ibu di sisi.

"Awak anak yang hebat. Moga awak terus kuat dan berlapang dada. Al-Fatihah buat arwah ibu."

"Saya juga mengalami kehilangan dan ia sangat berat. 10 tahun sudah berlalu saya masih cuba berdamai dengan takdir. Saya tahu betapa sedihnya perasaan itu, moga awak kuat."

"Kuat ya Azim. Semua kita akan dijemput pulang..."

Sumber: TikTok