SIAPA sangka barang yang dibeli sebagai hadiah dan hobi amat berguna ketika dalam kesusahan?
Baru-baru ini, jurusolek terkenal, MUA Bellaz, berkongsi rasa syukur. Rupa-rupanya, ATV yang pernah dihadiahkan kepada suaminya tahun 2020 lalu berguna untuk orang ramai ketika menghadapi banjir.
"ATV yang Bellaz hadiahkan birthday Mat Nuart masa Tahun 2020 sangat berguna sampai sekarang.
"Sebab tu terharu bila tengok video ni. Mat nuart boleh bantu orang ramai,” ujarnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Nur Nabilah Zulyadaini berkata suaminya, Mat Nuart nekad menggunakan ATV yang dihadiahkannya untuk mengharungi air banjir dan memindahkan penduduk yang terjejas di kampungnya
Disebabkan kenderaan tersebut sesuai pada situasi lasak, suaminya dan beberapa lagi penduduk kampung mampu meredah banjir untuk membawa warga emas ke pusat pemindahan sementara (PPS).
"ATV Mat Nuart tinggi. So, boleh masuk kawasan kampung yang air macam dalam sikit.
"Ni Nuart dengan yang lain nak masuk pergi ambil warga emas dalam kawasan kampung Bellaz tu untuk dibawa ke pusat pemindahan,” tulisnya.
Pemilik nama sebenar, Nur Nabilah yang juga pengasas Bellaz Beauty dilihat dalam hantarannya sedang memborong roti dan air minuman di semua kedai berhampiran untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
"Kedai runcit kawasan rumah Bellaz kebanyakkan sudah kehabisan roti. Cari sekitar kawasan Kerpan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir,"tambahnya.
Usaha murni anak kelahiran Kedah itu telah menarik perhatian ramai dan rata-rata memuji tindakan usahawan jelita itu.
Hadiah yang dulu untuk berseronok, sekarang menjadi barangan berharga untuk misi kemanusiaan. SinarPlus mendoakan agar urusan Bellaz dan suami dipermudah dan lebih ramai tampil membantu mereka yang memerlukan.