'Maaf, esok hari terakhir.' 6 hari tanpa henti, Khairul Aming terpaksa akhiri misi bantuan banjir

Iklan

SISTEMATIK dan teratur, demikian cara pempengaruh dan usahawan Khairul Aming menyampaikan sumbangan banjir di Kelantan.

Turun padang sejak 29 November lalu di negeri kelahirannya iaitu Kelantan, beliau memaklumkan terpaksa mengakhiri misi berkenaan pada Rabu, 4 Disember.

Iklan
Iklan

Walaupun bakal meninggalkan Kota Bharu, pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman tetap menyeru orang ramai terutama sukarelawan untuk membantu menguruskan pengagihan barangan keperluan daripada beberapa pihak kepada mangsa-mangsa terjejas.

Iklan

"Kita ada banyak sumbangan yang akan sampai pagi esok. Ramai manpowers diperlukan.

"Ayuh kawan-kawan kita all out esok. Volunteers, drivers, penyumbang, abang rela, pihak berkuasa dan semua orang terlibat, anda semua orang yang sangat hebat,”katanya.

Iklan

Menerusi sebuah video yang tular, influencer berusia 32 tahun itu terpaksa meninggalkan pusat bantuan banjir berkenaan dan pulang ke Kuala Lumpur atas sebab tidak dapat dielakkan.

"Esok, 4 Disember adalah hari terakhir misi bantuan banjir bagi KA (Khairul Aming) dan team BOB.

"Esok adalah last day," katanya.

Enam hari bertungkus lumus menyalurkan bantuan, pengusaha Sambal Nyet itu mengakui ia pengalaman mahal yang tidak dapat dilupakan.

Bermula daripada pek makanan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), bantuan ditambah baik kepada barangan keperluan dan kawasan bantuan diluaskan meliputi sekolah, madrasah serta individu terperangkap.

Dalam hantaran yang sama, Khairul Aming yang juga usahawan berterima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu menjayakan misi bantuan banjir.

Sebelum ini, Khairul Aming memaklumkan pihaknya tidak menerima sumbangan dalam bentuk wang kerana risau tidak dapat menguruskannya dengan baik.

Sumber: Instagram, TikTok