Tiada tempat bergantung, adik-beradik hidap Parkinson berteduh di bilik kecil ihsan tuan rumah

Iklan

SETIAP manusia diberikan ujian yang berbeza. Ada yang diuji dengan kesempitan hidup, ada pula yang diuji dengan kesihatan yang semakin merosot.

Demikilah yang terjadi pada Mohamad Faiz Yusoff, seorang pemuda berusia 30 tahun yang kini bergelut dengan penyakit Parkinson tahap 4.

Iklan
Iklan

Faiz disahkan menghidap Parkinson lima tahun lalu, dan penyakit itu semakin memburuk setahun selepas diagnosis. Kini, kesihatannya berada di tahap yang sangat kritikal, menyebabkan beliau tidak mampu berjalan sejak sebulan lalu.

"Mohamad Faiz b Yusoff 30 tahun menghidap Parkinson sejak lima tahun yang lalu dan semakin serius iaitu tahap 4 sejak tiga tahu lalu.

Iklan

"Kesihatannya semakin merosot dan tak boleh berjalan sejak sebulan yang lalu,”tulisnya.

Ketika berusia 10 tahun, pemuda itu kehilangan ibu bapanya. Beliau dan empat beradik kemudiannya diasuh oleh seorang ibu angkat yang menyayangi mereka seperti anak kandung sendiri.

Iklan

Namun, takdir sekali lagi menguji mereka apabila ibu angkat itu meninggal dunia selepas lima tahun menjaga mereka.

Tanpa tempat bergantung, masing-masing membawa diri dan Faiz memilih untuk tinggal bersama kakaknya, Norazah, yang turut menghidap Parkinson tahap 1.

Mereka menumpang di sebuah bilik kecil atas ihsan tuan rumah dan di situlah tempat mereka berteduh.

"Ibu dan ayahnya meninggal dunia ketika beliau berumur 10 tahun. Beliau dijaga oleh ibu angkat selama 5 tahun bersama kakak dan adik-adiknya seramai 4 orang.

"Selepas ibu angkat meninggal mereka membawa diri. Kini tinggal menumpang di bilik atas ihsan tuan rumah bersama kakaknya yang juga menghidap Parkinson tahap 1,”tambahnya.

Kisah mereka menjadi tular selepas video yang dikongsikan oleh Nor Saidi Nanyan di platform Thread memaparkan realiti pahit yang dihadapi pemuda berkenaan.

Setakat ini, Faiz hanya dapat bergerak menggunakan kedua-dua tangannya untuk ke satu tempat ke tempat yang lain.

Ramai yang menyuarakan rasa simpati dan berharap agar ada pihak berwajib tampil membantu Faiz dan kakaknya.

Keadaan mereka yang tidak lagi mampu bergerak bebas membuatkan kehidupan semakin mencabar, apatah lagi tanpa sumber pendapatan yang tetap.

"Faiz & Aja kakaknya jadi Parkinson turun dari arwah mak mereka...minta jasa baik semua doakan untuk mereka..amin.

"Rasa terhiris hati melihatnya, panjang umur anak ya,, sihat selalu dan semoga ALLAH mengangkat segala penyakit mu,”komen warga maya.