Marah anak, lagi kuat mereka tantrum! Uyaina kongsi pengalaman jadi 'gentle parenting', akui ada masa kesabaran diuji

Iklan

JIKA zaman dulu, marah dan cubit anak-anak itu merupakan perkara biasa untuk mendidik tetapi sekarang tidak lagi.

JIKA zaman dulu, marah dan cubit anak-anak itu merupakan perkara biasa untuk mendidik tetapi sekarang tidak lagi.

Kini ramai yang mengambil pendekatan baharu bersesuaian dengan situasi anak masa sekarang dan teknik yang digunakan.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara popular Uyaina Arshad turut berkongsikan pengalamannya dalam mempraktikkan teknik dari negara luar, ‘Gentle Parenting'.

Melalui perkongsian beliau di laman Tiktok baru-baru ini, hos tersebut bercerita tidur malamnya terganggu kerana kedua-dua anaknya 'buat perangai' ketika di rumah sehingga kesabaran beliau diuji.

Iklan

"Saya lalui malam yang sukar sebab Urayyan (anak kedua) asyik berjaga malam nak susu. Lepas tu, pagi pun jadi mencabar sebab Urhan (anak sulung) tantrum. Jadi pagi tadi, Urhan bangun je dari tidur, dia terus cranky tanpa sebab yang jelas. Tak nak buka baju. Tak nak mandi. Tak nak itu, tak nak ini.

"Kesabaran I betul-betul diuji. Dah lah baru bangun, bangun pun mengejut sebab dia nangis menjerit. And I ada kerja! Call time awal pagi pulak.. The easy way is: Marah anak tu. Suruh dia diam,” kata Uyaina dalam video perkongsiannya.

Iklan

Namun begitu, beliau dan suami telah berjanji dan memilih untuk melaksanakan teknik ‘gentle parenting’ kepada dua orang anak mereka.

Oleh itu, apa yang perlu dilakukan adalah jika anak tengah mengamuk dan menangis, biarkan mereka selama beberapa minit sehingga mereka selesai.

"Tapi saya cuba sedaya upaya untuk jadi mama yang lembut. Mama yang cool. Mama yang tak marah anak hanya sebab dia belum tahu cara nak kawal perasaan dan emosinya. Ini memang cara parenting yang saya dan Syahiran dah sama-sama setuju.

"Jadi... saya duduk dengan dia. Biar dia luahkan rasa sedih. Biarkan dia menangis. Tapi dalam masa yang sama, saya tunjuk yang saya ada untuk dia. Walaupun mengantuk sebab Urayyan pun banyak kali bangun malam tadi, saya dengar je apa dia nak cakap. Saya peluk dia. Dan saya tanya apa yang dia nak.

"Urhan nak apple?”

"Nanak.”

"Urhan nak orange?”

"Nanak.”

"Urhan nak banana?”

"Nanak,” jelas Uyaina.

Dalam konsep ‘gentle parenting’ ini, ibu atau bapa hanya perlu mengambil masa untuk menenangkan anak-anak yang tengah mengamuk.

Memang susah untuk dipraktikkan kerana ramai dalam kalangan kita yang memilih untuk marah sahaja kepada anak. Tetapi, sikap suka marah ini akan menyebabkan anak-anak ada trauma dari kecil.

"Dan perbualan tu berlarutan, tanya apa dia nak. Dia terus menjerit dan menangis, tapi dia sendiri pun tak tahu apa yang dia nak. Kemudian saya tanya, ‘Urhan nak gummies?’ Saya bagi dia vitamin gummies setiap hari dan dia anggap benda tu macam hadiah. Dia suka sangat.

"Benda tu terus buat dia berhenti menjerit. Dia kata, ‘Abang nak gummies, Mama.’ Saya tarik tangan dia dan bagi gummies tu. Lepas tu semuanya jadi lancar.

"Kadang-kadang, lebih mudah untuk kita marah je anak bila dia buat perangai. Tapi budak-budak ni masih belum tahu macam mana nak kawal emosi dia. Jadi bila kita marah, tengking, atau tinggikan suara, benda tu akan bentuk karakter mereka bila dah besar nanti. Dan ini boleh cipta trauma untuk mereka,” tambah Uyaina.

Akhir kata, Uyaina berharap semoga usahanya untuk membesarkan dan mengasuh anak-anak menggunakan teknik ‘gentle parenting’ akan dipermudah. Semoga semuanya baik-baik sahaja untuk anak kita. Aamin..

Mungkin lepas ni kita sendiri boleh praktikkan cara ini, kan? Tapi risau tak boleh sabar terus keluar perangai 'singa' mak-mak. Hehe.