Alamak, anak nak periksa! Mak ayah sediakan 5 makanan ini untuk bantu otak

Iklan

MUSIM peperiksaan muncul lagi! Bukan hanya anak-anak dalam mod gementar, tetapi mak ayah turut merasai debaran yang sama.

MUSIM peperiksaan muncul lagi! Bukan hanya anak-anak dalam mod gementar, tetapi mak ayah turut merasai debaran yang sama.

Saat genting tersebut, setiap masa mak akan perhatikan anak-anak supaya mereka tidak terlepas dari mengulang kaji terutamanya subjek yang lemah.

Iklan
Iklan

Namun begitu, dalam persediaan anak-anak untuk menjawab peperiksaan itu, ada makanan yang sesuai untuk mereka amalkan untuk bantu otak.

Menurut Dr Rizal Abu Bakar dalam perkongsiannya di Facebook, beliau akan mewajibkan anak-anaknya untuk mengambil makanan ini sebelum dan selepas musim peperiksaan. Tidak kira dari peperiksaan biasa, SPM, A Level sehingga ke universiti.

Iklan

Antara lima makanan yang wajib mak ayah bagi untuk bantu otak anak antaranya:-

1. Dark chocolate.

Iklan

- Mesti 70 peratus ke atas. Dark chocolate ada kandungan anti oksida tinggi. Flavonols dalamnya bantu tumbuhkan sel otak dalam hippocampus atau pusat memori.

- Memori yang bagus bantu kemampuan beri jawapan lebih baik.

- Flavonols juga naikkan aliran darah ke otak, level oksigen, dan fungsi saraf.

- Dark chocolate juga keluarkan feel good hormon nama endorfin. Masa exam kan berdebar semacam. Siap jadi anxious dan stress. Jadi endorfin bantu redakan perasaan berdebar, takut dan risau tu.

- Seperkara lagi yang bagus ialah dark chocolate ada tryptophan. Neurohormon penting untuk lahirkan serotonin - yang stabilkan mood kita.

- Untuk mood yang lebih positif, dark chocolate juga keluarkan dopamine, hormon bahagia yang ramai dambakan.

- Ramai tak tahu hormon stres macam kortisol ganggu proses berfikir. Kalau pelajar tengok soalan yang jawapannya dia tak belajar mesti gabra. Mesti cuak.

- Dua rasa ni ganggu bahagian otak yang kita guna untuk fikir, belajar dan memori. Iaitu Prefrontal Cortex, Left Temporal Lobe dan Hippocampus iaitu pusat memori.

- Kacaulah kan kalau jadi macam tu. Mujur dah ambil dark chocolate. Boleh kembali kawal emosi dan fikir.

2. Omega 3

- Omega 3 dari sumber ikan dengan kandungan DHA dan EPA tinggi sangat penting. Lebih lebih lagi untuk otak. Cari yang minimum EPA 600mg ke atas dan DHA 250mg ke atas.

3. Buah atau sayur warna gelap kulit atau daunnya.

- Contohnya macam plum. Warnanya ungu pekat. Atau sayur brokoli, hijaunya lebih pekat.

- Cara masak terserah ikut tekak dan selera anak anak. Bukan ikut tekak dan selera kita.

4. Kompleks Karbohidrat

- Makanan tinggi karbo kompleks sangat baik untuk otak. Terutama dalam bantu proses berfikir. Nak kreatif, nak hasilkan idea, nak ketengahkan hujah perlukan kompleks karbo ni.

- Ada orang ambil oat sebagai kompleks karbo. Tapi antara oat dan barley flakes, barley flakes lebih tinggi fibre.

- Buah, beans macam kacang kuda adalah kompleks karbo. Sangat membantu. Masa rehat tunggu exam berikutnya, makanlah buah potong yang pelbagai warna.

- Makan kacang kuda atau kekacang. Lebih baik makanan begini dari makan nasi. Ambil capati dari tepung Atta lebih baik dari roti canai yang dibuat dari tepung putih.

5. Protein

- Protein paling murah dan senang ialah telur. Telur pun ada L Tyrosine yang bantu otak bahagian prefrontal cortex untuk fokus.

- Telur pun ada choline. Choline akan tukar kepada acetylcholine ialah neurotransmitter penting untuk belajar dan memori. Dua perkara penting untuk pelajar.

"Inilah 5 makanan yang saya bagi anak-anak makan. Ada lagi yang lain. Yang ini pun cukup powerful untuk bantu mereka.

"Sebagai mak ayah yang risau anak tengah SPM, cuba bagi 5 makanan berkenaan. Ini sumbangan anda di minit-minit terakhir. Cubalah, ye. Selamat berjaya," tulis Dr Rizal.