'Terima kasih untuk 11 tahun yang indah.' Rozita Che Wan, Zain Saidin sambut ulang tahun perkahwinan, segak berbaju pengantin

Iklan

PERKAHWINAN selebriti, Rozita Che Wan atau Che Ta dan Zain Saidin sering menjadi sorotan. Menyambut anniversary pada 11 Disember hari ini, Che Ta sempat berkongsi ucapan istimewa menerusi media sosial miliknya.

11 tahun menganyam bahagia, ibu kepada tiga cahaya mata itu mendoakan agar hubungan mereka berdua terus berkekalan pada masa hadapan.

Iklan
Iklan

"Happy 11th anniversary. I wish you and I a happy, healthy and lovely life together in the future, just as we did years ago. @zainsaidin23," kongsinya.

Menghargai Zain, Che Ta juga tidak sabar untuk menempuhi kehidupan bersama seterusnya.

Iklan

Lebih istimewa lagi, beliau dan Zain sempat merakamkan foto dengan memakai busana pengantin serba putih.

"You are my heart, my soul, and my partner in everything. Thank you for 11 wonderful years.”

Iklan

"We’ve built something so special together over the past 11 years, and I can’t wait to see what’s next.” @zainsaidin23." titip Che Ta.

Untuk rekod, Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada angka unik 11.12.13.

Majlis pernikahan mereka mendapat tajaan bernilai RM 13 juta sekali gus disifatkan sebagai antara perkahwinan termahal selebriti tempatan ketika itu.

Selepas berkahwin, kakak kepada pelakon Ayu Raudhah itu memilih untuk memperlahankan karier seni dan memberikan tumpuan sepenuh masa kepada perniagaannya.

11 tahun hidup bersama, Che Ta dan Zain dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 10 tahun.

Selain Aaisyah, Che Ta juga mempunyai dua orang anak bujang daripada perkahwinan pertamanya iaitu Ammar Effendi dan Aniq Ezra.