REZEKI tidak salah alamat. Pesara tentera laut yang dikenali sebagai Sumadi Ibrahim, 51, menjadi perhatian ramai apabila kini bekerja sebagai pengutip bola golf sehingga meraih pendapatan lumayan berjumlah RM8,000 sebulan.
Pernah berkhidmat selama 22 tahun berkhidmat sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia, kini beliau memilih pekerjaan sebagai pengutip bola golf yang tenggelam di dalam tasik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sebagai mata pencariannya.
Kata Sumadi, beliau mampu mengumpul antara 500 dengan 600 biji bola golf dan kemudiannya menjual balik kepada pemain golf yang kehilangan bola berkenaan untuk meraih pendapatan.
Menurutnya lagi, ia hanya menjalankan tugas tersebut tiga kali seminggu pada waktu malam tanpa menggunakan peralatan pernafasan.
"Saya tidak bawa lampu suluh. Hanya cahaya bulan yang menjadi sumber cahaya.
Pun begitu, beliau tidak menolak adanya cabaran ketika menyelam mencari bola golf seperti bimbang berlaku kekejangan.
Justeru, Sumadi mempunyai seorang pembantu peribadi untuk memantaunya bagi menggelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
"Tasik padang golf sering mempunyai duri sawit, serpihan cengkerang siput. Airnya gelap jadi saya sering memijaknya.
"Saya sentiasa bimbang tentang kekejangan. Jadi untuk mengurangkan risiko, saya mengupah pembantu sambilan untuk berjaga-jaga semasa saya menyelam.
"Jika sesuatu berlaku, seperti saya tersepit atau cedera, sekurang-kurangnya ada seseorang untuk membantu saya,” katanya lagi.
Sumadi akan mempamerkan bola golf yang sudah dibersihkan dan sedia untuk dijual semula. Bola standard dijual pada harga serendah RM0.70 sebiji manakala jenama premium pula RM6 sebiji.
Sumber: AFP via Berita Harian Singapura