LAIN orang, lain caranya dalam mendidik anak-anak. Bila dah jadi ibu bapa ni, memang niat kita sentiasa nak yang terbaik untuk mereka.
Namun begitu, kadangkala tanpa sedar, ada beberapa tabiat kita yang kita buat sebenarnya menjatuhkan semangat mereka secara perlahan-lahan.
Oleh itu, pelatih ibu bapa, Mohd Fhais Salim berkongsi lima habit yang boleh menjatuhkan keyakinan dan kepercayaan diri anak² secara ansur-ansur tanpa kita sengaja. Antaranya:-
1. Over-correcting
Anak salah memang kena tegur tapi kadangkala cara kita tegur itu cara yang salah juga. Natijahnya bukan mendidik tetapi anak rasa seperti mengherdik pulak..
Teguran yang baik ialah teguran yang fokus pada perbuatan yang boleh ditambah baik bukan menjatuhkan harga diri orangnya.
2. Comparison
Perbandingan secara berlebihan jarang memberi kesan positif untuk jangka masa panjang melainkan banyak memberi rasa 'insecure' membuak-buak di dalam diri anak-anak.
Insecure menambah rasa tidak pernah rasa 'good enough' dengan apa pun yang telah dicapai. Insecure buatkan anak fokus pada hasil berbanding usaha..
5 perangai ibu ayah yang menjatuhkan keyakinan dan kepercayaan anak tanpa sedar! Salah satunya pujian yang tak bermakna
Iklan