'Pelajar lain sebelum periksa dapat peluk, doa dari ayah, tapi abang…,'Remaja pilih ziarah kubur, hadiahkan al-Fatihah buat arwah

Iklan

HATI siapa yang tidak tersentuh apabila melihat seorang anak remaja meluahkan rindu yang mendalam terhadap arwah bapanya.

Iklan
Iklan

Itulah kisah seorang pelajar lelaki yang tular di media sosial baru-baru ini apabila dia mengajak ibunya menziarahi pusara ayahnya sebelum menduduki ujian lisan Bahasa Inggeris bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Video yang dikongsi oleh pengguna Tiktok, Jue497 menunjukkan anak lelakinya lengkap berpakaian seragam sekolah, duduk di sisi kubur bapanya di sebuah tanah perkuburan di Kluang, Johor.

Iklan

Dengan penuh penghayatan, remaja itu menghadiahkan bacaan al-Fatihah sebelum menyiram air ke atas pusara insan yang dirindunya.

Anaknya yang berusia 17 tahun berkenaan turut meluahkan isi hatinya apabila mencemburui rakan-rakannya yang lain kerana dapat pelukan dan doa daripada bapa mereka berbanding dirinya.

Iklan

"Hari ini abang ujian bertutur Bahasa Inggeris. Dia cakap nak pergi kubur ayah sebelum jawab soalan.

"Dia cakap semua orang sebelum jawab periksa dapat peluk dan doa dari ayah mereka, tapi abang...” tulis ibunya dalam kapsyen.

Bapanya, Allahyarham Muhamad Rasidi bin Puteh, telah meninggal dunia pada 13 Februari tahun ini ketika usia 37 tahun.

Pemergian yang begitu awal itu meninggalkan kesan mendalam buat keluarga tersebut, lebih-lebih lagi anak lelakinya yang meningkat dewasa tanpa figura seorang ayah.

Hantaran yang telah mendapat ribuan tanda suka itu sarat dengan titipan kata-kata semangat dan doa daripada warga maya yang tersentuh dengan video berkenaan.

"Semoga kau berjaya dunia dan akhirat nak.

"Walaupun cikgu tidak mengajar awak, tapi cikgu doakan awak berjaya dalam SPM nanti duhai anak yang hebat.

"Pasti arwah seorang bapa yang baik kepada anak-anak dan keluarga. Kehilangannya dirindui,"komen orang ramai.

Al-Fatihah buat Allahyarham Muhamad Rasidi bin Puteh.