Hanis Zalikha, Hairul Azreen bawa 30 staf ke Jepun. '10 tahun perjuangan, kini jadi kenyataan'

Iklan

TERBAIK Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, tidak melupakan titik peluh dan membalas jasa staf mereka.

Pahit manis memulakan perusahaan 10 tahun lalu, pasangan usahawan itu sempat mengimbas saat awal perniagaan yang mana beliau dan para pekerja menyimpan impian melancong ke luar negara.

Iklan
Iklan

Mengakui perjalanan selama 10 tahun berniaga bukanlah mudah. Namun, dengan rezeki dan usaha yang berterusan, mereka akhirnya berjaya menunaikan impian tersebut.

Iklan

Iklan

"Nak sangat negara sejuk supaya rasa terbang pergi bercuti tu dengan baju bulu-bulu.

"Dan kami berdua selalu bercakap mengenainya. Sesama kita dan juga kepada pasukan. Kami tidak dapat melakukannya apabila kami adalah satu pasukan yang terdiri daripada 10 orang. Kami tidak dapat melakukannya apabila kami adalah satu pasukan yang terdiri daripada 20 orang.

"10 tahun kemudian ALLAH memberi kami masa dan rezeki yang sesuai untuk terbang kesemua 30 kami. Sebak dada tak tahu nak 'habaq'," kongsinya.

Perkongsian Hanis menerima pujian warganet yang kagum dengan penghargaan Hanis dan Hairul terhadap pekerja mereka.

Ramai turut meluahkan terinspirasi melihat sikap pasangan ini yang sentiasa mementingkan kebajikan staf.

Hanis turut menyatakan rasa terharu dan bersyukur dapat merealisasikan impian bersama Hairul.

Perjalanan lima hari itu pastinya menjadi kenangan manis buat seluruh pasukan mereka.