‘Biar sama-sama tak dapat...' Protes motor bakal ditarik gara-gara gagal bayar ansuran 20 bulan, wanita ini siram petrol sebelum bakar

Iklan

HUTANG bukanlah perkara remeh yang boleh diabaikan begitu sahaja. Ia adalah satu amanah yang perlu dilunaskan mengikut kemampuan dan kesungguhan seseorang.

Iklan
Iklan

Tetapi lain pula yang terjadi apabila seorang wanita bertindak membakar motosikalnya sendiri ketika kenderaan dua roda itu dikatakan akan ditarik gara-gara tertunggak ansuran bulanan.

Menerusi rakaman video yang tular, pada awalnya, wanita dengan wajah sinis bertindak menyimbah minyak petrol ke atas motosikal sebelum membakarnya sebagai tanda protes terhadap tindakan pihak syarikat pinjaman.

Iklan

Bukan itu sahaja, turut kedengaran suara seorang lelaki menyokong tindakan wanita tersebut dengan mengatakan bahawa adalah adil jika kedua-dua pihak tidak memiliki motosikal itu.

"Biar sama-sama tak dapat motor ini...,"ujar lelaki itu.

Iklan

Motosikal yang sepatutnya menjadi alat mobiliti untuk memudahkan pergerakan akhirnya musnah begitu sahaja kerana kegagalan pemilik melunaskan bayaran ansuran selama 20 bulan.

Bagaimanapun, kejadian yang berlaku di Taiping, Perak itu mengundang reaksi ramai dan mencerminkan betapa ceteknya pemikiran seseorang apabila emosi mengatasi kewarasan dalam menyelesaikan masalah.

Warganet berpendapat tindakan membakar motosikal itu bukanlah penyelesaian yang wajar, malah menambahkan lagi tekanan kepada diri sendiri.

"Dia ingat puas hati kot buat macam tu. Akhirnya motosikal tak ada, malah risau pula kena masuk lokap. Hutang, buatlah cara berhutang," katanya.