Katanya, Zainizam pernah menjalani pembedahan dan rawatan fisioterapi namun tahap kecederaan menghalang.
"Ia sangat berisiko kerana cedera yang dialami suami terlalu dekat dengan saraf tunjang dan otak.
Menggalas tanggungjawab sebagai isteri, Jawaher kini menguruskan Zainizam walaupun lelaki itu mampu melakukan beberapa rutin harian sendiri.
"Suami mampu makan sendiri. Manakala untuk mandi dan membersihkan diri, suami boleh lakukan sendiri cuma perlu ada orang membantu mengangkatnya ke kerusi roda.
"Tangannya sebelah okay tetapi sebelah lagi lemah sedikit," kongsi Jawaher.
Menjawab pertanyaan warganet mengenai keputusannya berkahwin dengan Zainizam, wanita itu mengakui tidak mampu hidup tanpa lelaki itu.
"Saya pun tak tahu hendak terangkan bagaimana. Saya memang tidak boleh kalau dia tiada.
"Selepas sakit, dia pernah suruh saya tinggalkannya. Dia tidak mahu mementingkan diri sendiri tetapi saya tidak boleh.
"Jadi saya teruskan dengannya," kongsinya.
Benarlah kata orang, soal jodoh, ajal maut dan rezeki itu sememangnya cuma Yang Maha Esa sahaja lebih tahu.
Kalau sudah ditakdirkan bersama, pasti tidak akan ke mana kan?
Warga maya rata-rata mengucapkan tahniah dan memuji tindakan Jawaher itu yang sanggup menerima suami yang serba kekurangan.
Tidak kurang juga mendoakan kebahagiaan buat mereka dan Zainizam sembuh segera.
Sumber: TikTok