'Tidak pernah sekalipun mengeluh.' Dr Sheikh Muszaphar hargai pengorbanan isteri besarkan 7 anak, mendidik tanpa jemu

Iklan

ANGKASAWAN negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha memang bapa dan suami contoh. Walaupun sibuk menguruskan kerjaya dan keluarga besar, tidak lupa menyambut hari ulang tahun kelahiran isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos.

Uniknya, beliau telah meraikan momen istimewa si isteri di ibu kota bersama tujuh orang anak mereka dengan melakukan beberapa aktiviti yang menyeronokkkan termasuk menginap di hotel dan bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

"Cara yang terbaik untuk menyambut ulang tahun kelahiran adalah meraikannya bersama. Kami ambil keputusan untuk meluangkan masa di ibu kota.

"Satu hari di hotel, sepanjang hari berada di kolam renang, menaiki tren LRT dan bas dua tingkat, membeli belah dan makan kek coklat kecil bersama aiskrim. Semua orang menikmatinya,” katanya.

Artikel berkaitan:

Genius, IQ Bella lebih 130, ikuti kem Permata Pintar, Dr Sheikh Muszaphar dedah 8 perkembangan tika kecil

[VIDEO]'Freshly Out'- Dr Sheikh Muszaphar kongsi video bayi kembar sepasang

Anak sulung tinggalkan 'sarang' demi menimba ilmu, Dr Halina bergenang air mata. 'Sukar untuk melepaskan, tetapi kami perlu kuat'

Iklan

Beliau itu juga turut menzahirkan ucapan penghargaan buat Dr Halina yang telah banyak berkorban dalam menguruskan tujuh cahaya mata mereka.

"Terima kasih kepada isteri tercinta, individu yang telah melahirkan tujuh orang anak hebat. Tak pernah penat, tak mengeluh dan komited sepenuhnya dalam membesarkan anak-anak kita.

Iklan

"Dan tak pernah sekali pun complained dan saya tak akan minta lebih daripada ini, syukur sangat Alhamdulilah,” ujarnya.

Sekadar info, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah pada 10 Oktober 2010.

Pekahwinan mereka diserikan dengan kehadiran tujuh cahaya mata termasuk iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, dua pasang kembar iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, Sheikh Eusoff serta Sophea Emelia dan putera bongsu Sheikh Muhammad.