Cemerlang dalam pelajaran raih CGPA 3.99, pemuda berkorban jaga ibu sakit. 'Impian saya buatnya bangga...'

Iklan

SYURGA di bawah tapak kaki ibu. Tular di laman sosial seorang pemuda dikenali sebagai Wan meraih perhatian warga maya kerana sanggup berkorban menjaga ibu yang sakit walaupun memiliki keputusan yang cemerlang dalam pendidikan.

Mengikuti trend terbaharu TikTok, Wan sempat mendedahkan pencapaian cemerlang sejak sekolah rendah sehingga sarjana muda.

Iklan
Iklan

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman sosial TikTok, beliau yang baharu sebulan menamatkan pengajian sejak sebulan lalu percaya bahawa setiap takdir yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri dan ALLAH akan memberikan ganjarannya yang lebih baik kelak.

Malah dalam perkongsian yang sama, lelaki tersebut menzahirkan cita-citanya untuk membuatkan ibunya bangga memiliki anak lelaki yang boleh menjaga dan berbakti kepada orang tua.

Iklan

"UPSR 4A, PT3 7A, SPM 7A, diploma Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.80, degree 3.99.

Iklan

"Kerja terkini menjaga syurga saya. Impian masa depan ialah membuat ibu bangga," kongsi Wan.

"ALLAH ada merancang sesuatu yang lebih baik untuk kamu, insya-ALLAH. Ini rahsia Tuhan,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Beralih ke ruangan komen, warganet menzahirkan rasa bangga dengan sikap tanggungjawab anak muda itu yang sanggup mengetepikan kerjayanya demi menjaga ibu yang sakit.

"Jadilah kalian seperti Uwais Alqarni yang tidak dikenali di bumi tetapi sangat disegani penduduk langit."

"Current job kamu sudah berjaya membuktikan kejayaan atas setiap usaha sebelum ini. Sebab ALLAH nak tambah lagi pahala melalui reda seorang ibu, insya-ALLAH dunia akhirat milik awak."

"Masya-ALLAH, tak semua yang mampu buat. DIA sudah susun jalan terbaik. Jalani saja, inilah rahsia Tuhan. Semoga dipermudahkan segala urusan nya. Aamiin."

"Percayalah, hidup akan lebih berkat dan kebahagiaan serta kejayaan akan datang kemudian."

Sumber: TikTok