Majikan contoh! Bonda Rozita hargai staf cemerlang, hadiahkan rumah hampir sejuta untuk staf & pakej haji, umrah VVIP

Iklan

MAJIKAN yang baik memang idaman ramai. Apatah lagi jika dihargai dengan memberikan pelbagai imbalan, sudah tentu para pekerja lebih seronok bekerja dalam suasana yang positif.

Menghargai penat lelah, usahawan dan pempengaruh Rozita Ibrahim menghadiahkan hadiah yang lumayan kepada kepada kakitangan cemerlang syarikatnya.

Iklan
Iklan

Dalam majlis makan malam baru-baru ini, Rozita yang mesra disapa Bonda Rozita menghadiahkan pelbagai hadiah lumayan kepada staf berprestasi terbaik.

"Malam tahun baru diadakan majlis anugerah kepada staf yang cemerlang.

Iklan

"Ada staf yang menerima hadiah rumah, Myvi, pakej umrah dan haji, wang tunai, set perabot serta tajaan pelancongan ke Hanoi dan London.

Iklan

"Bonda hargai staf yang kuat dan sama-sama memperjuangkan syarikat saya tubuhkan. Tanpa staf, syarikat juga takkan mampu berkembang kerana kita dalam satu pasukan," titipnya.

Pengasas jenama JRM dan Rumah Hutan Bonda Rozita itu mengakui nilai-nilai positif dibawa para pekerja membawa kepada kemajuan syarikat.

"Sifat taat, setia, sabar, konsisten, amanah dan terus bersemangat dengan sayangkan team adalah kunci menuju kejayaan," kongsinya lagi.

Tular sebuah video memaparkan majlis berkenaan yang meriah dengan hadiah mewah.

Antara hadiah yang menimbulkan kekaguman warganet ialah sebuah banglo bernilai RM800,000 dan rumah dua tingkat bernilai RM430,000! Tidak kurang yang menerima tabung rumah.

Warganet memuji majikan syarikat yang tidak lokek untuk berkongsi rezeki bersama para pekerjanya dan mendoakan agar syarikat berkenaan terus maju.

"Best, mantapnya reward. Kalau saya bekerja sampai pencen di syarikat ni."

"Saya pula yang sebak sebab jarang majikan yang sanggup memberi kepada kaki tangan beberapa buah rumah. Moga terus maju!"

"Terbaik majikan, barulah semangat kerja."

"Alhamdulillah berkongsi rezeki. Kalau dapat pakej umrah pun sejuta rahmat, inikan pula sebuah rumah. Moga majikan seperti ini menjadi contoh dalam masyarakat."