Wanita pelik Dr Say keluar bawa anak-anak tanpa isteri. ‘Tak boleh ke seorang bapa jaga anaknya sendiri?’

Iklan

ZAMAN sekarang ini boleh dikatakan ramai wanita memilih untuk bekerja berbanding menjadi suri sumah sepenuh masa. Setiap dari mereka mempunyai alasan sendiri untuk berbuat demikian, antaranya untuk membayar semula pinjaman belajar dahulu, meringankan beban suami dan untuk mendapatkan duit belanja sendiri. 



ZAMAN sekarang ini boleh dikatakan ramai wanita memilih untuk bekerja berbanding menjadi suri sumah sepenuh masa. Setiap dari mereka mempunyai alasan sendiri untuk berbuat demikian, antaranya untuk membayar semula pinjaman belajar dahulu, meringankan beban suami dan untuk mendapatkan duit belanja sendiri.

Itulah juga pendapat isteri kepada doktor perubatan dan pempengaruh Dr Say Shazril yang lebih memilih untuk bekerja meskipun suaminya itu mampu untuk menanggung mereka satu keluarga.

Disebabkan isterinya bekerja, waktu lapang Dr Say akan keluar bersama ketika-tiga anaknya untuk bermain di luar. Bagi beliau, waktu itulah peluang terbaik untuk mendidik, berinteraksi dan meluangkan masa bersama anak.

Namun begitu, rupa-rupanya ia mengundang persoalan oleh seorang wanita yang mengajukan soalan tentang keberadaan isterinya pada anak keduanya, Sefriel.

"Saya bawa tiga anak lelaki saya main dekat Dataran Merdeka. Habis main, saya beli air daripada seorang mak cik ni lepas tu dia tanya ‘tak ada anak perempuan ke?’. Saya dah rasa macam salah bual mak cik ni tapi saya senyum dan jawab ‘tak ada, semua laki’. Lepas tu saya nampak mak cik tu tanya Sefriel sesuatu dan anak saya jawab ‘work’.

"Bila saya tanya apa yang mak cik itu tanya, Sef jawab ‘aunty ask where is mommy?’. Terduduk saya dibuat mak cik tu. Tak tahu sama ada dia fikir ‘mana pergi isteri dia?’. Takkan dia biar suami dia bawak semua anak ni sorang-sorang? Atau dia fikir ‘hot single dad beranak tiga ni’ atau dia hanya bertanya kosong tanpa sebarang niat. Tapi bagi saya soalan mak cik agak bawang di situ,” tulis beliau.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Perbuatan wanita tersebut telah mengundang persoalan oleh beliau iaitu lemah ke seorang bapa bila menjaga anak-anak. Akui Dr Say, beliau sangat menikmati masa bersama anak-anak kerana hanya itu sahaja masa yang ada sementara isterinya keluar bekerja.

"Tak boleh ke seorang bapa jaga anaknya sendiri? In fact saya suka bila bini saya kerja sebab inilah masa saya dapat bonding rapat, ketat dengan anak-anak. Bila bini kat rumah, buatlah macam mana pun, saya takkan berjaya lawan kasih sayang anak-anak kepada mommy. Saya nak juga ‘rasa diingini’, dipanggil berbelas kali ‘daddy dadddy daddy’. Jadi bila bini on call, saya akan bond elok-elok dengan mereka pergi jalan-jalan dalam kereta ke, beli groceries ke sebab best kadang mereka nak daddy instead of mommy.

"Satu lagi bila ada mommy, mesti mommy akan ‘biarlah diorang tidur lambat esok diorang cuti’ walhal saya suka diorang ada rutin tidur awal, maka saya boleh jadi strict dan diorang tak ada mommy to fall back to,” jelas beliau.



Tambah Dr Say, beliau pernah menyuruh Dr Azura berhenti kerja sewaktu mengandung dan sambung pengajian. Namun, isterinya lebih suka bekerja dan mempunyai wang sendiri.

"Saya pernah suruh bini berhenti kerja sebab masa tu dia pregnant dan tengah sambung Master. Saya bagi dia nafkah RM8,000 tiap-tiap bulan tapi habis pantang dia cakap dia nak kerja balik sebab dia suka ada her"own money” dan gajinya selama ni banyak diberi dekat parents dia jadi bila duit yang saya beri kepadanya diberi kepada parentsnya buat dia rasa bersalah.

"Sekarang 2025 dah cik, bukan 1885 yang mana wanita ramai berpendidikan dan bekerjaya sama juga dengan ramai lelaki yang boleh jaga anak yet bekerjaya,” ujar beliau.