Susu Handzalah kini milik Faleeq, bayi kematian ibu ketika tidur terima susu wanita hilang anak di taska. 'Percaturan ALLAH pertemukan kami'

Iklan

BARU-baru ini dua kisah membabitkan si kecil Muhammad Faleeq Haq Amirul Nafis dan Khairul Handzalah Sufi Khairul Azwan meruntun hati warganet.

Muhammad Faleeq yang kehilangan ibu Allahyarham Nur Izzaty Hafizah Abuhuraira 6 Januari lalu manakala Allahyarham Khairul Handzalah Sufi yang berusia empat bulan pula dilaporkan meninggal dunia sebuah taska di Saujana Putra, Jenjarom, Saujana Putra.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian itu, ibu kepada Khairul Handzalah, Sri Wahyuni Rahman, 28, memaklumkan kedua belah keluarga telah dipertemukan.

Iklan

Maklumnya, bayi Faleeq itu telah menerima stok susu ibu daripadanya.

Iklan

"Alhamdulillah, ALLAH pertemukan kami. Faleeq baru kehilangan ibunya yang meninggal dunia dalam tidur. Susu Handzalah kini milik Faleeq.

Dalam hantaran di Instagram, ibu muda itu turut memuat naik gambar suaminya bersama bapa bayi Faleeq.

Menerusi Insta Story, beliau turut menyatakan wajah Muhammad Faleeq dikatakan persis arwah anaknya.

"Ibu doakan semoga awak membesar menjadi anak yang soleh dan patuh, ya. Comel dia.

"Muka pun nak sama dengan Handzalah,” kongsinya.

Terdahulu, ibu kepada Muhammad Faleeq, Allahyarham Nur Izzaty Hafizah Abuhuraira meninggal dunia dalam pelukan suami dalam tidur. Lebih menyayat hati, Allahyarham sebelum itu baru sahaja selesai menyusukan bayinya.

Post mortem yang dilakukan menemukan punca kematian ibu muda itu disebabkan jangkitan pada paru-paru.

Baru-baru ini, kaunselor laktasi, Nad Masrom membuat hantaran di Facebook dalam membantu mendapatkan ibu susuan untuk Muhammad Faleeq.

Dalam perkembangan terbaru, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata terdapat unsur kecuaian dalam kes Khairul Handzalah.

Siasatan berkenaan mendapati terdapat unsur kecuaian atau pengabaian oleh pengasuh kerana meninggalkan mangsa dalam tempoh masa yang lama tanpa pemantauan.

Susulan itu, polis sudah mengambil keterangan enam individu termasuk suspek (pengasuh).

Pihaknya masih menunggu keputusan analisa makmal terhadap punca kematian mangsa bagi membantu siasatan.