Makan sambil bercakap, boleh ke? Imam Muda Asyraf perjelas kenyataan Zahiril Adzim

Iklan

BARU-baru ini tular di media sosial tentang jawapan yang diberikan oleh pelakon, Zahiril Adzim yang menyatakan hukum tentang adab makan sambil bercakap.

BARU-baru ini tular di media sosial tentang jawapan yang diberikan oleh pelakon, Zahiril Adzim yang menyatakan hukum tentang adab makan sambil bercakap.

Ini berikutan ada yang menegur beliau berbuat demikian ketika sedang membuat siaran langsung di laman sosialnya.

Namun begitu, jawapan yang diberikan oleh beliau telah menimbulkan tanda tanya orang ramai terutamanya bagi mereka yang was-was tentang itu dan menganggapnya salah.

Oleh itu, Imam Muda Asyraf tampil memberi penjelasan dengan membetulkan perkara ini.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


"Kata Imam Ghazali, daripada adab-adab makan, salah satunya adalah bercakap. Berkata-kata perkara yang baik berkaitan dengan makanan.

"Puji makanan, cerita pasal makanan. Ataupun apa saja benda yang baik ketika makan.

"Dan juga bercerita-cerita orang-orang soleh. Hikayat-hikayat orang soleh ketika makan. Ataupun apa saja berkaitan dengan yang baik-baik ketika makan," kata beliau.

Melalui penjelasan beliau, terbukti apa yang dikatakan oleh pelakon tersebut benar. Namun begitu, walaupun boleh makan tetapi masih ada adab yang masih perlu dibuat.