Terkenal dengan taman laut persis Maldives, ini lima destinasi syok habis boleh singgah di Johor

Iklan
taman laut johor
SEBUT jer nama Johor, mesti sudah terbayang keunikan taman laut yang cantik persis Maldives.Lagi best, negeri Harimau Selatan itu mempunyai keistimewaan yang mungkin tiada di tempat lain. Ini termasuklah lima taman negara yang tampil dengan kelainan tersendiri.Ia terdiri Taman Negara Endau-Rompin, Taman Negara Selai, Taman Negara Gunung Ledang, Taman Negara Pulau Kukup dan Taman Negara Tanjung Piai.Paling membanggakan, Taman Negara Pulau Kukup diiktiraf sebagai pulau paya bakau antara yang terbesar di dunia, selain menjadi lokasi burung migrasi.Taman Negara Tanjung Piai tak kurang hebatnya kerana mempunyai titik lokasi penghujung selatan benua Asia.Kalau cerita bab pulau pula, memang superb kerana di sini memiliki warisan geologi unik. Kepulauan yang terdapat di Geopark Mersing, misalnya mempunyai formasi batu lava yang berusia lebih 200 juta tahun.Selain itu, Taman Laut Sultan Iskandar di Mersing juga satu-satunya lokasi tumpuan dugong di negara ini. Memang wow!Perkongsian Facebook Visit Johor juga menarik kerana menyenaraikan banyak pilihan destinasi percutian berkonsepkan ekopelancongan yang boleh dipertimbangkan.Daripada kesemua senarai tersebut, SinarPlus listkan lima opsyen yang boleh kalian pilih jika merancang untuk bercuti di sana.Berikut perincian info ringkas:Teluk Penyabung Resort Alamat: Jalan Kampung Baru Penyabong, Kampung Penyabong, Endau, JohorWaktu operasi: 24 jamPakej: Bermula RM130 hingga RM250Facebook: Teluk Penyabung ResortBaca juga Ini 4 destinasi taman tema air indoor di Pulau Pinang. Tak perlu berpanas, mak-mak pun senang nak pantau anak-anakTemalah Cove Alamat: Pantai Temalah, Tanjung Sedili, JohorWaktu operasi: 24 jamPakej: Bermula RM1,500 hinggaFacebook: Temalah CoveSinar Eco Resort Alamat: Lot 2346, Kampung Sungai Molek, Mukim Jeram Batu, Pekan Nanas, Pontian, JohorWaktu operasi: 24 jamPakej: Bermula RM40Facebook: Sinar Eco Resort
 Sungai Johor Eco Retreat Alamat: Ladang Basir Ismail, Sungai Johor Eco Retreat, Kota Tinggi, JohorWaktu operasi: 24 jamPakej: Bermula RM220Facebook: Sungai Johor Eco RetreatBaca juga Rumah kayu atas pokok, keunikan Rainforest Tree House jadi tarikan di Kulai, JohorMuo Resort Alamat: 8-2, Jalan Abdul Rahman, Muar, JohorWaktu operasi: 24 jamPakej: Bermula RM110Facebook: MUO ResortMemang menarik, kan? Kalau anda plan berlibur di Johor, bolehlah usha pilihan destinasi yang disenaraikan itu mengikut bajet masing-masing.Okey! Selamat berhujung minggu.Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee