“Ibu masak sedap kalau abang, kakak balik je.” Awas! Asyik fikir anak di asrama, yang depan mata makan hati

Iklan
azira (2)

Sifat pilih kasih ibu bapa kepada anak-anak merupakan perkara yang dilarang dalam agama kerana perbuatan tersebut hanya akan mengundang kebencian sesama keluarga terutama dalam kalangan adik beradik. Setiap anak mempunyai hak masing-masing dan mereka berhak mendapatkannya daripada ibu bapa.

Itulah ayat yang dipetik dari Mufti Wilayah Persekutuan, yang mana mungkin ibu bapa merasakan perbuatan mereka itu bukan pilih kasih, tetapi sebaliknya pada pandangan anak-anak sehingga meninggalkan kesan mendalam.

Iklan
Iklan

Meskipun perit untuk terima kenyataan, tetapi keadaan ini yang sering terjadi dalam sesebuah keluarga, terutamanya bagi yang ada anak-anak tinggal di asrama seperti perkongsian oleh Puan Liyana Nazli ini. Ia terjadi apabila beliau sering meluahkan kerisauan tentang anak yang berada di asrama dan teguran suaminya membuatkan dirinya tersedar akan perbuatan itu boleh menimbulkan rasa cemburu kepada anak-anak yang lain.

"Ada sekali tu suami tegur,"Ibu, ingat juga yang di rumah ni.” Mungkin masa tu saya terlalu kerap berbual dengan dia berkenaan si sulung yang dah ke asrama. Sehingga kelihatan saya kurang memberi perhatian kepada adik-adiknya yang masih ada di rumah" tulisnya.

Iklan

Menurutnya, bukan sahaja anak yang di asrama mengalami fasa adjustment iaitu perlu sedikit masa untuk selesakan kepada perubahan tersebut, malah ibu bapa yang di rumah juga turut melalui fasa yang sama.

Iklan

"Empty nest syndrome, apabila satu demi satu anak meninggalkan sarang dan terbang ke destinasi masing-masing.

Sebenarnya bila anak jauh dari mata, kita develop satu jenis frustration sebab kita rasa macam hilang kawalan. Kalau dahulu kita tahu ke mana dan apa aktiviti sehariannya. Bila dah jauh ni, kita dah tak tahu melainkan dia hubungi dan bercerita. Kalau dahulu, kita tahu bila sedih gembiranya. Sekarang, mujurlah kalau dia nak bercerita. Hidupnya kini lebih banyak bersama kawan-kawan. Perasaan hilang kawalan ini kadang-kadang mendatangkan kerisauan pada kita, terutamanya mak-mak yang selama ini menjadi primary caregiver.

Disebabkan kerisauan tadi, mak-mak memilih meluah dan tanpa sedar yang di rumah mungkin naik jelak bila kita asyik sebut tentang anak yang tiada di depan mata. Sedangkan kita tak ada niat, apatah lagi nak pilih kasih. Tapi cuma kita tak sedar kadang kerisauan kita itu diterjemahkan melalui perbuatan dan percakapan kita seharian." jelasnya.

Malah, situasi menjadi tambah buruk apabila kita menghadkan hak anak-anak yang di rumah daripada pengalaman yang mereka sepatutnya dapat, hanya kerana abang/kakak mereka tak ada bersama.

"Contoh, kita selalu bawa anak makan sedap-sedap di luar seminggu sekali. Tiba-tiba, abang atau kakak dah masuk asrama dah tak ada makan sedap-sedap sebab kasihan mereka tak merasa. Akhirnya anak-anak mungkin kata,"Ibu tu hanya akan masak sedap-sedap kalau abang, kakak balik je.

Jadi, tanpa kita sedar anak yang di rumah ini hanya dapat jasad kita sahaja. Tapi hati dan perasaan kita dah terbang bersama anak yang berada di asrama.

Baca juga : ‘8 hari belum berhenti.’ Fatimah The Family UK alami pendarahan selepas pembedahan kini lemah, keluarga mohon doa

Baca juga : Video Khairul Aming & Sofyank raih jutaan tontonan, didik anak muda tentang P4lestin

Dalam hati, kita rasa anak yang di asrama itu yang being deprived daripada perkara-perkara yang best di rumah. Hasilnya kita over compensate bila sesekali mereka pulang bermalam atau cuti sekolah. Kita rasa kasihan dia dah penat duduk asrama menguruskan diri sendiri. Bila balik ke rumah kita biarkan dia let loose dan tak benarkan buat kerja rumah. Sedangkan untuk adik beradik yang lain, rutin dan house chores mereka berjalan seperti biasa. Jauh di sudut hati, pasti mereka rasa layanan yang tidak adil dan berat sebelah.

Sampai satu masa, kita akhirnya berjaya menyesuaikan diri dengan situasi baru. Tapi mungkin ketika itu, anak-anak yang di rumah ini sudah berjauh hati dengan kita. Anak yang di asrama pula tidak tahu ada siblings rivalry yang telah terbentuk selama fasa adjustment itu berlaku. Worst, kita tak sedar pun perkara ini terjadi dalam diam dan membarah sehinggalah anak kita dewasa," tambahnya.

Jadi, untuk mengelak situasi ini daripada berlaku, Puan Azlina turut berkongsi apa yang perlu anda lakukan :-

1. Acknowledge our feelings.

Perasaan risau dan rindu itu adalah normal. Jangan menafikan kita ada perasaan tersebut. Kalau perlu bercakap dengan seseorang tentangnya, luahkanlah. Kalau saya, saya luahkan pada suami. Kalau suami bosan dengar, saya luahkan dalam support group mak-mak ?. Yang ni confirm selalu sedia mendengar haha!

2. Mind, Body and Soul Time (MBST)

Ada dalam satu buku yang saya baca, sekiranya dapat diusahakan, setiap anak tu tak kiralah yang dirumah atau di asrama, kita perlu peruntukkan MBST masing-masing. Sebagai manusia, keperluan asas kita ialah mencapai belonging dan significance. Terutama sekali anak-anak. Belonging ialah apabila mereka nak merasakan hubungan emosi dengan semua ahli keluarga. Significance ialah mereka juga mahu merasakan mereka memberi sumbangan kepada keluarga.

MBST ialah memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 minit untuk setiap anak secara individu setiap hari. Di mana kita memberi sepenuh perhatian (mind, body and soul) untuk mengambil tahu dan melakukan aktiviti kegemaran bersama-sama. Tak kiralah anak itu di rumah atau di asrama, MBST boleh diusahakan. Itu pun dah cukup untuk top up tangki emosi anak-anak. Tapi kena buat hari-harilah.

Kesimpulannya, kadang-kadang perhatian yang berikan itu kita rasakan sudah adil dan saksama, tetapi tidak buat anak-anak. Diharapkan perkongsian ini dapat beri manfaat dan membuka mata ibu bapa sekaligus mengubah perkara yang kita anggap biasa tetapi tidak pada anak-anak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!