Cuti bertukar tragedi! Kronologi telinga kanak-kanak autisme putus digigit kuda. 'Pihak agrofarm setuju bayar pampasan'

Iklan

MALANG tidak berbau, percutian sebuah keluarga bertukar menjadi tragedi apabila telinga anak lelaki mereka putus digigit seekor kuda.

Menerusi sebuah video yang di laman sosial X, insiden tersebut dipercayai berlaku di sebuah ladang haiwan (agrofarm) di Negeri Sembilan tular di media sosial sejak Ahad lalu yang turut memaparkan kecederaan yang dialami.

Iklan
Iklan

Menurut bapa mangsa, Suhaimi Mohd Rafi, 31, si kecil yang berusia enam tahun itu kini stabil, namun trauma selain sedang menerima rawatan susulan di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang.

Berikut adalah kronologi kejadian yang dikongsi:

Iklan

1-Suhaimi dan keluarga dari Kemaman, Terengganu datang bercuti ke Seremban pada 19 Januari lalu selepas selesai urusan di ibu negara.

2-Ketika berada di agrofarm itu, kanak-kanak itu difahamkan mahu melihat dan bergambar dengan kuda.

Iklan

3-Penjaga kuda memaklumkan ia boleh ditunggang dengan bayaran tiket.

4-Si bapa membenarkan mangsa menunggang kuda sambil dikawal penjaga.

5-Sebaik selesai, penjaga kandang memanggil kami untuk bergambar dalam kawasan berpagar tempat menunggang. Si bapa dan ibu bersetuju dan bergambar bersama anak mereka.

Gambar hiasan.

6-Anaknya yang teruja mendekati kawasan kandang di kawasan berpagar itu dan sekali lagi meminta untuk mengambil gambar serta video.

7-Secara tiba-tiba seekor kuda yang berada dekat dengannya menggigit telinga anak.

8-Dalam masa sama, kuda berkenaan turut menghantuk kepala kanak-kanak berkenaan hingga terkena pada besi menyebabkan kecederaan manakala cuping telinga kiri terputus.

9-Dalam keadaan panik, si bapa segera membawa anaknya ke hospital swasta di Seremban bagi mendapatkan rawatan sebelum anaknya menjalani pembedahan pada malam itu dan selesai kira-kira jam 1 pagi membabitkan kos rawatan berjumlah RM10,400.

10-Katanya, selepas tiga hari dirawat di hospital berkenaan, kanak-kanak malang itu menjalani rawatan susulan di Kuantan, Pahang.

11-Selepas berbincang, Suhaimi dimaklumkan pihak agrofarm berkenaan akan membuat bayaran pampasan susulan kejadian itu.

5 INFO KUDA

1- Kuda adalah haiwan sensitif dan boleh 'mengesan' emosi penunggang atau pemiliknya. Ia mempunyai deria atau naluri kuat dengan pemilik atau jurulatihnya.

2-Tanda awal kuda tidak selesa atau bersedia untuk mempertahankan diri diri dengan gigit, sepak atau rempuh ialah apabila kedua-dua telinganya merapat ke belakang kepala ketika dihampiri.

3-Cara lain untuk kuda lebih tenang ialah boleh beri snek kesukaan haiwan itu seperti lobak atau epal supaya ia lebih jinak.

4- Pemilik atau penunggang kuda biasanya lebih mudah 'tackle' haiwan itu ketika melakukan rutin penjagaan seperti beri makan, memberus dan menunggang.

5-Kuda mempunyai penglihatan yang luas dan hampir mencakupi 360 darjah.

Sumber: Sinar Harian