Sayu luahan lelaki rindu isteri koma 17 hari. Jantung terhenti 3 minit hingga cedera otak. 'Semoga syurga buatmu...'

Iklan

BERTARUNG nyawa mengandung dan melahirkan pengorbanan tertinggi seorang isteri. Hampir tewas di dewan bersalin, itulah situasi seorang ibu bernama Syerah, 22, yang menyayat hati warganet.

Melahirkan anak sulung menerusi pembedahan caesarean hampir tiga minggu yang lalu, Syerah difahamkan mengalami komplikasi.

Iklan
Iklan

Baharu mendirikan rumah tangga 28 April 2024, suaminya, Awie meluahkan kepiluan wanita itu telah koma selama 17 hari.

"17 hari isteri saya di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat emergancy ceaser yang mengakibatkan komplikasi jantung berhenti tiga hingga empat minit sehingga mendapatkan kecederaan otak.

Iklan

"Bangunlah isteriku, anakmu sedang menunggu ibunya. Hari-hari saya gelap sayang, rindu ingin mendengar suara sayang dan rindu untuk mengusik dan gelak sama-sama.

Lelaki itu turut mengimbas kembali saat-saat akhir suri hatinya yang menjalani pembedahan. Kasihnya Syerah kepada anak dan suami mengatasi segalanya membuatkan bakal ibu itu sanggup berkorban apa sahaja.

Iklan

"Sebelum sayang koma, saya nampak muka sayang senyum. Saya yakin sayang kuat namun sebaliknya saya tak sangka yang sayang sudah lemah.

"Sayang terlalu risaukan baby dalam perut sampai sayang sanggup ambil risiko ini. Terima kasih sayang sanggup berkorban untuk saya," kongsi Awie.

Perkongsian sayu lelaki itu menerima lebij 1.1 juta tontonan. Rata-rata warganet mendoakan agar Syerah pulih segera manakala Awie terus kuat demi anak dan isteri.

"Ya ALLAH semoga ada keajaiban untuk Syerah, semoga family Syerah kuat."

"Maaf saya pernah koma selepas czer. Awak please bercakaplah dengannya. Dia mendengar. Ketika saya koman saya dengar tetapi tidak boleh bergerak. Apabila awak bercakap dengannya insya-ALLAH dia akan kuat."

"Allahuakbar, semoga isteri encik cepat sedar. Kes ini sama dengan adik saya. Adik saya 10 minit jantung stop. Oksigen tidak sampai ke otak. Tujuh tahun berlalu, adik masih terlantar."

Team SinarPlus mendoakan semoga Syerah segera sembuh.

RISIKO PEMBEDAHAN CAESAREAN

Setiap pembedahan ada risikonya. Berikut adalah risiko utama anda yang menjalani pembedahan caesarean termasuk:

1-Jangkitan pada luka yang menyebabkan kemerahan, bengkak, rasa sakit yang semakin meningkat dan keluar dari luka.

2-Jangkitan pada lapisan rahim yang menyebabkan gejala termasuk demam, sakit perut, keputihan tidak normal dan pendarahan faraj yang banyak.

3-Pendarahan yang berlebihan (jarang berlaku) hingga memerlukan pemindahan darah dalam kes yang teruk, atau mungkin pembedahan lanjut untuk menghentikan pendarahan

4-Deep vein thrombosi (DVT) yang jarang berlaku yang mana pembekuan darah pada kaki. Ia boleh menyebabkan sakit dan bengkak. Ia menjadi sangat berbahaya jika darah beku itu bergerak ke paru-paru (pulmonary embolisme).

5-Risiko kerosakan pada pundi kencing atau tiub yang menyambungkan buah pinggang dan pundi kencing. Namun ia jarang berlaku.

Sumber: TikTok