Wanita ini sanggup berkorban, pilih kerja di kampung, jaga ibu bapa uzur. 'Nikmat ALLAH beri, emak bapa ada depan mata'

Iklan

IBU bapa insan keramat yang cukup bermakna. Bertuahlah bagi anak yang berpeluang menjaga mereka.

Baru-baru ini tular kisah seorang wanita meluahkan rasa syukur dapat bekerja di kampung kerana boleh menjaga kedua ibu bapanya yang sedang sakit di rumah.

Iklan
Iklan

Pengguna TikTok yang dikenali sebagai Aisyah Ishak dari Felda Keratong, Temerloh, Pahang itu menerusi perkongsiannya turut menzahirkan rasa syukur memiliki majikan yang memahami tanggungjawabnya menjaga ibu bapa uzur.

"Nikmat yang ALLAH bagi, mak ayah ada depan mata.

Iklan

"Dapat bos yang memahami pun satu rezeki. Rajin juga lari balik rumah tengok mak ayah masa tengah kerja.

"Alhamdulilah, ALLAH bagi mudah semuanya. Sebenarnya lagi enjoy kerja di kampung” titipnya.

Iklan

Tangkas menguruskan dua insan tersayangnya, video Aisyah tular meraih perhatian warganet sehingga memperoleh lebih 1.8 juta tontonan.

Selain menguruskan kebajikan ibu bapanya di rumah, dalam hantaran lain Aisyah juga bertanggungjawab membawa mereka mendapatkan rawatan susulan.

Malah menerusi hantaran yang lain, wanita itu turut mendedahkan pernah menolak lamaran kerana mahu menjaga kedua ibu bapanya dengan lebih lama.

Beralih ke ruangan komen, warganet menzahirkan rasa kagum dan memuji Aisyah yang sanggup berkorban berbakti kepada orang tua pada usia yang masih muda.

"Semoga ALLAH mengurniakan pintu syurga yang mudah untuk awak. Semoga ibu bapa awak happy selalu."

"Tidak semua berpeluang jaga ibu bapa sakit. Sabar melayani mereka, syabas."

"Ya ALLAH mudahkan urusannya. Kurniakan kesenangan yang mudah untuk menguruskan segalanya."

"Anak yang hebat. Calon ahli syurga apabila ibu bapa reda, insya-ALLAH."

Dalam pada itu, ramai juga yang tertarik dengan penggunaan hoist crane oleh Aisyah untuk mengangkat kedua ibu bapanya.

"Mana-mana jururawat rehabilitasi yang melawat rumah pesakit boleh guna video ini sebagai rujukan. Supaya penjaga tidak struggle angkat pesakit di rumah."

"Wah kreatif sungguh gunakan hoist crane. Menjaga tanpa sakit belakang dan yang dijaga tidak sakit badan. Semoga terus kuat dan sihat untuk menjaga kedua orang tuanya."

Syabas diucapkan buat Aisyah kerana memberikan contoh dan inspirasi kepada masyarakat.

Semoga urusan beliau menguruskan kedua orang tuanya dipermudah.

Sumber: TikTok