Petah & bijak! Usia 7 tahun, Amatullah Hamidah juara pidato Inggeris dunia

Iklan

PETAH dan comel, sebuah video tular memaparkan kanak-kanak Amatullah Hamidah atau lebih mesra disapa Hamidah meraih hampir 40,000 tontonan menyampaikan sajak.

Rupanya bukan calang-calang, si kecil itu baharu sahaja melakar sejarah apabila menjadi juara dunia pada The 63rd International Children And Youth English Recitation Competition pada 11 Januari lalu.

Iklan
Iklan

Pertandingan anjuran Global Arts, Sports and Culture Association (GASCA) dan berpangkalan di Hong Kong adalah pertandingan pidato dalam talian yang menghimpunkan peserta cilik dan belia dari seluruh dunia.

Iklan

Baharu berusia tujuh tahun, murid Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Furqan, Chendering, Terengganu itu cemerlang kepetahannya dalam bersajak hingga berjaya memikat hati juri dengan menewaskan 25 peserta dari enam negara lain sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Menurut ibu, Hasmah Darwis, 31, penyertaan si kecil yang mesra disapa Hamidah itu tidak dirancang. Bahkan persiapannya untuk bertanding dalam dalam kategori Early Childhood Group (7 tahun) hanya dilakukan dalam tempoh seminggu.

Iklan

Ketokohannya seperti sudah terserlah sejak awal, Hamidah memang nampak kesungguhan dia berlatih.

Menurut bapa, Muhammad Luqman Al Hakim Mohd Radzi, 32, yang merupakan guru al-Quran, kemenangan Hamidah pada 25 Januari lalu mengejutkan.

Si kecil ini sendiri melahirkan rasa gembira dan seronok apabila menjadi juara dunia selain tidak menyangka videonya tular di media sosial.

Tokoh Murid PASTI Negeri Terengganu 2024 itu mengakui suka berpidato.

"Saya suka berpidato kerana ia bukan sahaja dapat buat saya gembira tetapi melatih saya untuk menjadi lebih berani," katanya.

Kanak-kanak yang bercita-cita mahu menjadi seorang tentera itu turut mendapat perhatian dan ucapan tahniah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.