Usia 62 tahun Liza Aziz juarai Gegar Vaganza 11, rangkul wang tunai RM100,000, kelibat Mazuin Hamzah jadi perhatian

Iklan

PENYANYI bersuara lunak, Liza Aziz dinobatkan juara Gegar Vaganza musim ke-11 pada konsert akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, pada Ahad.

Iklan
Iklan

Menerusi kemenangan itu, Liza berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sekali gus menjadi penerima Anugerah Terpaling Adabi.

Liza yang merupakan anak kepada seniwati Normadiah dan seniman Aziz Jaafar itu telah mendendangkan lagu I Surrender dalam pusingan solo dan lagu berjudul Cinta pada pusingan duet bersama penyanyi undangan, Krisdayanti ketika di pentas akhir.

Iklan

Sementara itu, menerusi segmen battle, Liza menyampaikan lagu Angkat bersama finalis wanita yang lain iaitu Ning Baizura, Zehra Zambri dan Sheila Abdul.

Iklan

Meluahkan rasa syukur atas kemenangan tersebut, pelantun lagu Bisikan Rindu dan Siti Payung itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong.

"Akhirnya kini saya menang. Jutaan terima kasih kepada semua yang tidak henti menyokong. Terima kasih kepada peminat," katanya.

KELIBAT MAZUIN CURI PANDANGAN

Kelibat penyanyi, pelakon dan pemuzik era 80-an, Datuk Laila Utama Mazuin Hamzah hadir memberikan sokongan kepada sahabat baiknya, Liza mencuri pandangan warganet.

Lama tidak muncul di kaca televisyen, bekas anggota kumpulan Quinary M itu seakan tidak dihambat usia.

Penyanyi, Datin Salwa Abdul Rahman sempat berkongsi tentang kehadiran penyanyi dan pemuzik itu.

"Ramai yang mungkin tidak perasan kehadiran penyanyi pujaan ramai Hajah Mazuin Hamzah yang berangkat dari Brunei bagi memberi sokongan padu kepada sahabat seperjuangan, Liza Aziz.

Mengenakan suit berona hitam, pelakon filem Kisah Seorang Biduan dan Ceritaku Ceritamu itu kelihatan anggun mempesona.

Sekadar info, Mazuin pernah mendirikan rumah tangga dengan adinda sultan Brunei Darussalam, Pengiran Muda Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali pada tahun 1987 dan memperoleh puteri sulung yang bernama Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bolkiah pada tahun berikutnya.

Mazuin merupakan salah seorang bekas anggota kumpulan yang popupar era 80-an, Quinary M yang terdiri daripada adik-beradiknya termasuk Mahayon, Mahani, Mazlan dan Maznah.