'Bila berdua, baru bersemangat.' Dr Zulkifli beri gambaran Syed Saddiq perlu segera nikah, ajak orang Muar turun merewang

Iklan

HUBUNGAN antara Syed Saddiq sering dikaitkan bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menjadi perhatian warganet sejak akhir-akhir ini.

Iklan
Iklan

Ikatan rapat kedua-dua pasangan sejoli itu semakin erat dan sering dilihat bersama mengundang perhatian.

Baru-baru ini Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang juga bekas Ahli Dewan Negara, Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri sempat mengusik Ahli Parlimen Muar itu berkaitan teman hidup.

Iklan

Malah figura berusia 32 tahun itu disifatkan tinggi budi pekertinya.

Iklan

"Tempoh hari bertemu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada majlis perkahwinan kenalan kami. Banyak perkara sempat dibualkan.

"Anak muda yang baik dan beradab. Semoga dipermudahkan urusan beliau dalam menjaga kebajikan rakyat Muar. Pada saya, beliau ada potensi yang pergi lebih jauh dalam politik.

"Sibuk-sibuk berpolitik, jangan lupa ada 'janji' yang lebih manis daripada manifesto. Bila sudah berdua, baru bersemangat sikit dalam Parlimen!," titipnya.

Malah, Dr Zul juga berseloroh jika Syed Saddiq berkahwin pasti ramai orang Muar yang boleh turut serta dalam merewang.

Syed Saddiq baru-baru ini juga memuat naik hantaran istimewa di Instagram mengenai Bella Astillah dan menyifatkan selebriti itu sebagai pejuang yang sangat rajin, serba boleh, penyayang, ikhlas dan baik hati.