Baru-baru ini tular satu video house tour penduduk di rumah flat Program Perumahan Rakyat (PPR) yang terletak di bandaraya Kuala Lumpur. 

Iklan

Luar flat dalam kondo! Hiasan rumah PPR ini raih pujian ramai. 'Toilet dia buat aku tercengang'

Baru-baru ini tular satu video house tour penduduk di rumah flat Program Perumahan Rakyat (PPR) yang terletak di bandaraya Kuala Lumpur.

Apa yang membuatkan ramai terpegun adalah rumahnya tidak nampak seperti rumah-rumah flat biasa. Dekorasinya juga persis hiasan kediaman kondominium!

Menerusi video yang berdurasi 3 minit di Tiktok itu, @housetourmalaysia telah menerjah seorang wanita yang dipanggil Nurul itu memberitahu beliau sudah menetap di kawasan tersebut selama 17 tahun.

"Saya dapat tawaran untuk beli (rumah itu). Sewa dulu RM124 sahaja.

"Saya beli dengan harga dengan RM35 ribu," kata beliau yang menetap di PPR Muhibbah.



Rumah dengan hiasan dalaman berona biru putih dan bertemakan English Scandinavian itu berjaya mencuri perhatian bagi mereka yang menontonnya.

Malah, antara ruang yang paling digemari ramai adalah bilik airnya yang dibuat khas seperti dalam hotel.

"Saya suka kalau pergi hotel. Saya suka tengok tandas cantik-cantik. Jadi satu sumber inspirasi buat saya.

"Rajin-rajin tengok YouTube kan. So, jadilah macam ni," tambah Nurul.

Iklan


Akui beliau, suami seorang yang pengemas dan tidak sukakan rumah yang kotor menjadikan rumahnya kelihatan sempurna dan tersusun.

Selain bilik air, beliau juga turut membuat perubahan di bahagian dapur dengan memperluaskan lagi kawasan tersebut setelah menjadi pemilik rumah sepenuhnya.