GENAP 61 tahun pada 12 Februari, pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menerima kejutan daripada keluarganya.
Menerusi video yang dikongsikan anaknya, Ikhwan Najmi, pendakwah popular itu diraikan dalam majlis yang meriah.
Menghargai jasa beliau suami, bapa, suami dan datuk, majlis kecil dan sederhana itu mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Menerusi video yang dimuat naik, kepulangan Ustaz Azhar disambut dengan dengan tembakan party popper dan disambut anak-anak dan seisi keluarga.
Lebih istimewa lagi, pemilik nama Zamrul bin Idrus itu menerima kek yang digubah menggunakan gum paste berbentuk kamera DSLR.
Ia cukup signifikan dengan hobi dan minat beliau kepada seni fotografi sejak tahun 1985 lagi.
Paling menyeronokkan, setiap ahli keluarga menyampaikan hadiah kepada figura yang berasal dari Kampung Ladang, Kuala Terengganu itu dan mengabadikan foto bersama.
Menjengah ke ruangan komen, warganet rata-rata teruja dengan sambutan berkenaan dan tidak ketinggalan menitipkan ucapan selamat hari lahir buat pendakwah kesayangan mereka.
"Anak saya cakap dia mahu datuk begini, yang sayang semua anak cucu walaupun daripada keluarga kurang berada. Sebak pula saya. Semoga UAI sekeluarga dalam rahmat ALLAH sentiasa."
"Sama tarikh dengan pemergian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. 12/2/2025 genap 10 tahun pemergiannya. Al-fatihah, sanah helwah UAI."
"Wah meriah hadiahnya, happy birthday Ustaz Azhar."
"Selamat hari lahir, semoga UAI diberi kesihatan yang baik untuk terus menyampaikan nasihat yang baik-baik untuk kami."
"Sanah helwah Ustaz Azhar Idrus, Moga ALLAH kurniakan kesihatan dan kebahagiaan selalu buat keluarga besar ini."
Sekadar info, Ustaz Azhar yang mempunyai latar belakang seni mendalami pelbagai cabangilmu agama bermula tahun 1990.
Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus amat disenangi oleh ramai orang khususnya golongan remaja dan anak muda kerana penyampaiannya yang bersahaja sekali gus menjadi motovasi buat mereka yang ingin mendalami Islam dengan lebih baik.
Sumber: TikTok