Peniaga kek dihantui rasa bersalah, anak 14 bulan melecur tertarik semangkuk air panas 'Aku mama yang lalai, cuai!'

Iklan

MALANG tak berbau. Baru-baru ini, seorang peniaga kek sempat berkongsikan kisah sadis yang menimpa anaknya terkena air panas ketika beliau sedang bersiaran langsung di aplikasi Tiktok.

MALANG tak berbau. Baru-baru ini, seorang peniaga kek sempat berkongsikan kisah sadis yang menimpa anaknya terkena air panas ketika beliau sedang bersiaran langsung di aplikasi Tiktok.

Dalam perkongsian tersebut, Hussin Hairaz yang berusia satu tahun dua bulan baharu sahaja pandai berjalan.

Iklan
Iklan

Si kecil itu dikatakan masuk ke dalam bilik deko ibunya dan mahu mencapai mangkuk berisi sprinkle cake.

Namun secara tiba-tiba, tangannya tertarik mangkuk berisi air panas yang akhirnya menyebabkan kesan lecur sebanyak 35 peratus pada bahagian badannya.

Iklan

Sebagai seorang ibu, pemilik akaun fletcakery yang mesra dipanggil Shaza ini turut menyalahkan diri sendiri dengan apa yang berlaku.

Mengambil ikhtibar daripada kejadian itu, beliau akan lebih berwaspada dan enggan lagi membiarkan anak kecilnya berada dalam ruang deko kek.

Iklan

"Aku mama yang lalai, cuai, semua yang jadi aku letak kesalahan tu pada aku. Aku rasa sekarang aku lah mak yang paling tak berguna.

"Apa yang jadi, aku akan lebih 100 peratus berhati-hati. Selepas ini, buat kerja no more anak kecik masuk bilik kek deko," tulis beliau.

Akui beliau, sebelum ini suaminya tidak pernah meninggalkan pesanan pada dirinya sebelum melakukan kerja. Namun, berbeza pada hari tersebut.

"Suami ada pesan hati-hati, utamakan anak-anak dahulu sebelum kejadian. Dia macam ade firasat je ade benda nak jadi.

"Sedangkan dia tak pernah tinggal pesan kalau saya ON live Tiktok. Sedih ye bila ingatkan balik," tambahnya.

Dalam perkongsian yang lain, ada yang bertanyakan keberadaan suami ketika kejadian.

Kata beliau, kebiasaannya anak lelakinya yang besar akan membantu untuk jagakan adik-adik ketika dia dan suami bekerja.

Namun begitu, semuanya berlaku dengan terlalu cepat dan tidak sempat dielakkan.

"Dia ada, tak pernah tinggalkan anak dia. Anak kecik saya sentiasa cari abah dia juga, jangan salahkan abah dia.

"Semasa kejadian pun abah dia ada. buat kerja jugak. Sekejap cari abah, sekejap cari mama," jelas beliau.

Selepas beberapa hari dirawat, anaknya kini beransur pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua. Sentiasa pantau pergerakan anak kecil anda ya. Pada usia tersebut, otak mereka ligat berfikir dan tangan pantas mencapai.