Mak cik kantin dari 'syurga', ajar pelajar Tahun Satu ambil baki. 'Nanti perut ada cacing...'

Iklan

JIKA sebelum ini ramai ibu bapa risau anak terlupa mengambil baki ketika membeli makanan di kantin sekolah, kali ini mereka boleh menarik nafas lega apabila kisah seorang mak cik kantin yang luar biasa ini mengubah segalanya!

Iklan
Iklan

Seorang wanita menjadi tular baru-baru ini kerana keprihatinannya dalam membantu murid baharu memahami nilai wang.

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, wanita itu dengan penuh dedikasi menerangkan cara menggunakan wang kepada sekumpulan murid dipercayai pelajar Tahun Satu di sebuah sekolah rendah agama di ibu negara.

Iklan

"Pergi sekolah, mak ada bagi duit macam ni (RM1), warna biru... kalau bagi mak cik duit warna ni (hijau-RM5), kena tunggu ambil baki, jangan jalan. Faham? Boleh bagi duit kat kawan tak? Tak boleh," katanya.

Iklan

Bukan sekadar mengajar cara berbelanja, wanita berhati mulia yang berhati mulia itu turut menitikberatkan kesihatan murid-murid dengan memberi peringatan tentang pemakanan.

"Bawa bekal dan botol air perlu makan tidak boleh buang.

"Tidak boleh beli aiskrim sebelum makan (nasi) nanti perut ada cancing," selorohnya.

Tindakan wanita itu bukan sahaja menarik perhatian murid, malah ibu bapa yang menemani anak mereka pada hari pertama itu turut terpaku seakan-akan bersetuju dengan tindakan wanita berkenaan.

Warganet tidak henti-henti memuji gaya penerangannya yang mudah difahami dan berharap agar lebih ramai pengusaha kantin mencontohi sikap ramah wanita ini.

Tidak kurang juga yang mendoakan kesejahteraan dan agar perniagaannya terus maju, kerana keikhlasannya jelas terpancar dalam usaha mendidik generasi muda sejak dari bangku sekolah.