20 tahun yang bermakna, Marsha Milan sebak keluarga buat kejutan. 'Terima kasih suamiku...'

Iklan

MOMEN penuh bermakna!

Iklan
Iklan

Marsha Milan Londoh akhirnya mencipta kejayaan manis dalam karier seni apabila lagu Hening Rindu diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39.

Namun, selepas kemenangan berprestij itu, ramai tertanya-tanya mengapa penyanyi bersuara lunak ini kelihatan ‘menyepi’?

Iklan

Bagaimanapun, Marsha atau nama sebenarnya, Marsha Milan Londoh menjelaskan, dirinya kini sedang menikmati momen indah bersama keluarga selepas bulan-bulan menumpukan perhatian pada pentas AJL yang telah melaburkan tirai baru-baru ini.

"Ada yang tertanya-tanya kenapa saya diam?

Iklan

"Sebenarnya, saya hanya menikmati momen indah ini (bersama keluarga).

"Memenangi AJL adalah satu impian, yang menjadi lebih manis dengan limpahan kasih sayang, ucapan tahniah, dan doa daripada anda semua.

"Saya benar-benar bersyukur kepada setiap insan yang telah membantu saya berkembang," katanya.

Dalam satu video yang dikongsikan, suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, berjaya mengatur satu kejutan istimewa dengan membawa ahli keluarga berkumpul untuk meraikan kejayaan itu.

Meskipun dua malam tanpa tidur yang cukup, anak kelahiran Sabah itu tidak mampu menahan sebak kerana sambutan penuh makna itu benar-benar berbaloi dengan segala usaha kerasnya selama ini.

"Kepada suami saya, terima kasih atas kejutan keluarga yang tidak disangka, walaupun selepas dua malam tanpa tidur.

"Saya akan kembali tidak lama lagi, tetapi buat masa ini, biarkan saya menikmati kebahagiaan ini," tulisnya.

Dari Akademi Fantasia ke Juara AJL

Perjalanan seni Marsha bukanlah mudah dan singkat.

Bakatnya mula disedari menerusi program Akademi Fantasia 3 (AF3) sebelum namanya terus bersinar dengan lagu Cinta, ciptaan Akim Ahmad dan Stacy.

Lagu itu bukan sahaja membawanya ke pentas AJL 36, malah meraih gelaran naib juara pada tahun tersebut.

Sebelum ini, Marsha pernah menjadi finalis menerusi lagu Cinta (AJL 36), Kembali Terang (AJL 37) dan Darah (AJL 38).

Kini, selepas empat tahun berturut-turut mencuba nasib, AJL 39 akhirnya menjadi miliknya.

Lagu Hening Rindu berjaya menewaskan pesaing hebat seperti Puas Sudah (Aina Abdul), Bukan Lagi Kita (Nadeera) dan Diam (Hael Husaini), yang sebelum ini menjadi pilihan ramai untuk merangkul trofi berprestij itu.

Marsha berjanji akan kembali mewarnai dunia seni apabila sudah bersedia.

Satu yang pasti, perjalanan 20 tahun Marsha dalam industri seni kini terbayar dengan momen penuh indah yang akan dikenangnya sampai bila-bila.

"Sungguh luar biasa perjalanan 20 tahun ini!," ujarnya.