WANITA sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan barangan perhiasan untuk kelihatan cantik dan bergaya.
Namun begitu, janganlah sampai keterlaluan sehingga sanggup menindik lidah.
Pendakwah terkenal, Ustazah Asma' Harun baru-baru ini ada membuat teguran tentang perbuatan tersebut berikutan gambar yang tular, iaitu seorang wanita berbuat demikian dengan alasan patuh kepada permintaan suami.
"Tindakan itu juga bukanlah adat di Malaysia, malah ia merupakan budaya orang kafir. Apatah lagi, dalam sebuah hadis riwayat Imam Abu Daud, ada dinyatakan secara jelas bahawa sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.
"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-80 yang bersidang pada 1 hingga 3 Februari 2008 membincangkan hukum wanita berhias secara aneh dan berlebih-lebihan seperti bertindik anggota badan selain cuping telinga adalah dilarang oleh Islam,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook miliknya.
Tindik lidah atas alasan permintaan suami, ini jawapan padu ustazah Asma' Harun
Iklan