'2  jam baby dah lembik baru mereka kerjasama.' Satu keluarga berdepan detik cemas terperangkap dalam lif

Iklan

LIF boleh jadi kemudahan yang terbaik untuk kita bergerak dari satu tingkat ke satu tingkat yang lain. 

LIF boleh jadi kemudahan yang terbaik untuk kita bergerak dari satu tingkat ke satu tingkat yang lain.

Namun, ia juga boleh bertukar jadi mimpi ngeri jika sesuatu berlaku terhadapnya dan kita masih berada di dalam, misalnya tiba-tiba rosak!

Inilah yang terjadi kepada satu keluarga ini menerusi perkongsian seorang ibu di Tiktok miliknya @intannoratini yang terpaksa berdepan dengan detik cemas selama dua jam lebih terperangkap di dalam lif sebuah hotel di utara baru-baru ini.

Lebih menggerunkan, terdapat anak-anak kecil bersama turut terperangkap dalan lif tersebut tanpa bantuan dari pihak hotel. Turut ada bersama suami dan ahli keluarga yang lain dalam lif tersebut.

Difahamkan, mereka terperangkap dalam tempoh yang lama kerana pihak hotel tidak mahu memberikan kerjasama kepada pihak bomba untuk ‘mengopak’ pintu lif kerana akan rosak sepenuhnya.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


"Gamak hampa buat macam tu kat kami. Boleh pulak kat sat sat nak repair jalan macam biasa.

"Orang ada dalam boleh repair ka? Sayang harta benda ka sayang nyawa? 2 jam dengan budak budak dan baby.

"Kalau orang tua lain cerita. Cuba la fikir sama maintainance oi. Otak letak mana. Lepas jam 11.20 kami balik macam tu ja. Pihak hotel tak da kata maaf atau jumpa tanya ok ka tak ok ka," tulis beliau.

Oleh kerana ada kanak-kanak yang menjadi mangsa dalam lif tersebut, pihak bomba mengambil keputusan untuk menyelamatkan kanak-kanak yang sudah pucat melalui ruang kecemasan atas lif.

"Lepas 2 jam baby dah lembik baru mereka kerjasama dengan bomba. Rupanya ada kotak atas bumbung tu. Gamak hampa buat baby sampai macam ni.

"Budak budak dah lemah baru buat tindakan. Mereka tak nak bekerjasama mudah kan bomba. Terima kasih abang bomba selamatkan kami.

"Pengalaman yang tak boleh dilupakan . ALLAH selamat kami semua. Sebak time dah balik tu. Sebak sebab semua kami semua selamat. Tak tau la apa jadi kalau duduk lama lagi dalam tu.

"Terima kasih ALLAH lindung kami semua. Panjang umur kami semua," tambah beliau.



Meninjau di ruangan komen, sesiapa yang pernah menginap di hotel berkenaan turut menyuarakan pelbagai masalah kemudahan.

Malah, pihak fasiliti yang ada di laman Tiktok wanita tersebut turut meninggalkan komen iaitu memang mereka mempunyai SOP untuk tidak sewenang-wenangnya membuka pintu lif hingga menyebabkan kerosakkan kerana khuatir tiada ‘warranty’.

Namun, dalam hal ini, sepatutnya tindakan awal dari pihak hotel perlu dilakukan kerana ada bayi.

"Baby dah 50/50, nak pengsan dan sedar tak sedar masa angkat. Bomba angkat tergerak kuat sikit tu dia nangis kuat,” kata ibu ini di ruangan komen membalas pertanyaan orang ramai.